RASAMEMAKSAMENGETAHUI: 7 LoVe UnappReCiated!!!!

Monday, July 4, 2011

7 LoVe UnappReCiated!!!!

~~~~~erk,start mcm mana ek....trus je lah.kau tau tentang INI?penah kau faham maksud NIE,patut ke berlaku mcm NIE,jangan kau buat tanda2 seperti INI,aku tak minta untuk kau terasa mcm INI,sukar ke untuk kau fahami?kenapa kau buat sampai aku merasa sebab2 tak dihargai?


~Sukar untuk menduga hati seseorang jika aku tidak tahu bagaimana hendak menyelami lubuk hatinya. Apa pun keputusan aku,ikut kata hati dan bukannya fikiran..
Hati tidak mampu membohongi diri sedangkan fikiran mempunyai pelbagai alasan untuak mencipta helah…so apa sebab sampai aku terasa tak dihargai?jom kita share..

7 sebab CINTA tak dihargai…

1) TIDAK TAHU APAKAH MAKNANYA CINTA..
Ada juga yang ingin bercinta tetapi tidak tahu apakah maknanya sebuah percintaan. Selidiki dahulu adakah korang benar-benar memahami konsep cinta atau pun korang perlu mempelajari makna disebalik cinta dahulu.

2) TIDAK TAHU MENGHARGAI NILAI SEBUAH CINTA
Bukan semua orang yang tahu menghargai nilai sebuah cinta. Cinta sering dianggap sebagai bahan kajian sama ada korang boleh melaluinya atau pun tidak. Jangan memperlekehkan perasaan cinta, kelak ia akan membakar diri sendiri.

3) HANYA SEKADAR SUKA-SUKA
Suka-suka untuk bercinta sering terjadi pada individu yang suka bertukar-tukar pasangan.. Jika suka, korang akan mendekati dirinya.. Bila sudah jemu, mulalah timbul perasaan benci lalu kamu menjauhi dirinya.. Mengapa? Tanya pada hati!

4) TERPENGARUH
Terpengaruh dengan janji-janji manis si dia dan begitu mudah menyerahkan cinta bukanlah satu perkara yang boleh dianggap lewa. Hanya kerana terpengaruh, korang menyerahkan cinta pada si dia tanpa terfikir, adakah benar korang menyintai dirinya.

5) TEMAN KESUNYIAN.
Sering kali seseorang individu yang kesunyian setelah putus cinta akan lekas mencari pengganti. Sukar untuk hidup sendiri, bosan dan sentiasa mahukan teman membuatkan seseorang mudah meraih cinta. Cinta seperti ini bukan mudah untuk bertahan lama kerana tidak mengenali si dia dalam jangka masa lama dan terus mengikat janji.. Kesudahannya,korang juga yang menyesal kerana tersalah pilih..

6) SAINGAN ORANG LAIN
Semata-mata mahu menyaingi orang lain terutamanya teman-teman rapat,korang ingin sekali mencari kekasih.. Bila sudah ada kekasih, bolehlah menunjuk-nunjuk saham kamu juga laku.. Adalah ‘point’ kamu untuk berkata, “Hei! Aku dah ada makwe/pakwe tau!”, pada teman-teman…

7) BERPURA-PURA..
Berpura-pura menyayangi si dia atas dasar simpati, tekanan diri keluarga atau pun ingin mempergunakan si dia untuk kepentingan kamu.. Contohnya, mendampingi si dia kerana wang dan paras rupanya yang kacak/jelita atau pun keluarga yang ingin menyatukan kamu dengan dirinya membuatkan kamu terpaksa berpura-pura menerima si dia… HIPOKRIT!!…


so sebab2 niey mungkin berkaitan ataupun salah dilubuk hati korang...WANNA SHARE?lets komen ENTRY nie...
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...