RASAMEMAKSAMENGETAHUI: ~HOT VS TERASA~

Wednesday, June 29, 2011

~HOT VS TERASA~



~Tak seberapa nak pastilah bila dah hot,tapi kemungkinan pasti jika terasa.Entry nie bukan nak menunjukkan yg aku nie nak menjadi hero agama.Tapi bagi aku,aku tak akan jadi hero atupun heroin mahupun pelakon tambahan dimana2 pihak didalam nie.Actually,aku sebagai lelaki terasa ingin meluahkan apa yg aku tersadar~ kenapa?mengapa?dan untuk apa pada kaum yang bakal akan menjadi pelengkap rusuk setiap lelaki.
~Macam good2 je aku,good tak good korang mesti ada post yg ingin luahkan apa yg kau patut tahu pada wanita la laki la,mcam2 kan nak post entry ni,(tak bagus mana pun aku nie kalau korang kenal,tapi rugi kalau korang x kenal)OMG!!!!bpak perasan plak dia nie...Huk,hukhukhukhukhuk....Debak,debuk,debak,debuk,aku cuba berani ingin mengaku dan menyuarakan wakil dari setiap jejaka zaman skrg sukar ingin mencari wanita yang(BUKAN SEBAB XHENSEM)mampu mempertahankan auratnye sepenuhnye.Kalau dicakapkan nanti ada2 je alasan untuk membuatkan bahagian2 tubuh didedahkan.Aku rase xsalah lelaki ingin tahu dan ingin pada pada setiap pilihannye.Mcam post2 yang lepas wanita perlu tahu pada setiap LELAKI.Balik pada topic yang asal dalam masalah aurat kerap aku dengar dari segi setiap keperluan kerja,sukan and paling teruk demi ingin mengambil hati dan perasaan masyarakat sekiling.Tak lupa pada setiap gambar laman social mereka,terutama yg kerap Nampak dilaman FACEBOOK.Alahai kalau disebutkan perihal FACEBOOK terang2 profil picture mantap,power,hebat,apa segala jadah posing sume ada.Ok,aku beri simple je la untuk kita sama2 pikirka.(,xnak lantak lu lah).
~KEPERLUAN KERJA~tak aku nafikan,masih bnyak dan wujud pekerjaan dimalaysia yang memerlukan pekerja wanita yg cantik,actually terkena pada wanita islam terlibat dalam bidang pekerjaan yg memungkinkan mereka nie mendedahkan rambut dan sedikit dada,betis,kalau tak ke betis sampai ke peha,siap belah...PERGH!!!!!....apa yang Nampak pramugari,salesman,agensi insurans terkena byk dibelah pihak wanita.
~MASYARAKAT~mula2 pakai tudung,lama kelamaan dah bercampur dgn orang sekeliling yg tidak memakainye,mulla nak berjinak2 xpakai terus.Alasanyer,nak jaga hati kawan2,nak biar semua sama xpakai tudung,malu nak kuar jalan ngan diorang xpakai tudung,lagi best xnak digelar sebagai budak kampong(bodoh2 je alasan tu kekadang)kalau nak dibandingkan dengan agama kalau aku cakap mcm nie nanti mesti ada perasaan nak cakap(kubur asing2 der,dosa gua,bukan dosa lu,lu sebok sgt jaga tepi kain org apsal)tak kebegitu bunyinye....



~FACEBOOK~masuk part nie je,OMG!!!bedebak debuk masuk dan terpikir dalam kepala korang,bukan aku jerk...tipu kalau korang tak terfikir,tak dapat nak fikir tu masalah kebonggokan dia sejak azali la tu...Aku ada gak facebook,tapi agak la ye darl gambarnye tu...sampai lurah with alur gajah kdg Nampak,aku kagum pic2 korang tu nice,cantik bley jadi model kdg kalau ngk tu..tanjat boboi phptp shoot kdg2.Jangan la sampai tersembul sana,tersembul sini.Nak2 remaja wanita zaman sekarang yg hamper meningkat dewasa,PErgh!apa yg diorang nak agaknye bila letak gambar2 mcm tu(aku nak tau jugak)jgn lupa korang listkan kat comment pada entry nie...Tak salah ingin tahukan?Tak silap aku,apa yang aku tahu wanita nie tak lari dari suka dipuji,AWAK CUTE LA,AWAK CANTIK,MANISNYE AWAK NIE.Tak begitu?lepas tu kononye~ala mana la ada,awk nie memandai je,xda la cantik mana pun,yeke?thanks.dalam hati suka giler,excited......selang 2,3 hari ,PERGH lagi mantap posingnye...sampai nak terselak sana,terselak sini...FUH DASHYAT GILER!!!!!



~Aku rase maybe ada sesetengah pihak kadang xbersetuju apa yg aku katakan postkan niey..actually,aku rase lebih elok kite sharing...aku bley terima pandangan org,tapi kene ada sebab.Lagi satu aku nak sentuh pasal pakai tudung,tak banyak nak aku ketengahkan,tapi akan aku sebutkan apabila seseorang bila memakai tudung~~~
~baju lengan pnjg labuh tapi ketat(body shape)
~baju labuh tapi lengan pendek(T-Shirt)
~baju lengan labuh&seluar panjang labuh tapi 5suku(paras betis,paras peha)
~baju lengan labuh & seluar panjang labuh tapi bertudung mengikut fesyen kebelakang Nampak
Leher&dada.
~baju lengan labuh&seluar panjang labuh tapi XXRay,paham2 je la...
~So betul ke tak apa yang aku Nampak sama ngan apa yang korang Nampak?and x lupa aku ada sesuatu untuk korang yang sudi mengambil masa untuk baca entry ni...

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan


Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya


Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.




~Apa macam pun aku rase korang ada byk sebab,atau mahu kongsi dan tidak puas ati kat entry nie aku terima caci maki korang,serlahkan pada comment aku nanti...JANGAN LUPA!!!!!.......
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...