RASAMEMAKSAMENGETAHUI: JOM FOLLOW HARIMAU MALAYA KITA...

Tuesday, June 28, 2011

JOM FOLLOW HARIMAU MALAYA KITA...



FUHH!!!!!!!segak berani wajah diorang,seperti mana yg korang tau desas desus bola sepak tanah air kita semakin mantap sejak menjuarai AFF SUZUKI CUP 2010.Kali nie,mereka perlu tempuhi perlawanan yang dikatakan agak perit iaitu KELAYAKAN PIALA DUNIA pada 2014 nanti,hopely barisan negara kita dapat duduk sebaris sepertimana pasukan JEPUN,KOREA SELATAN,KOREA UTARA yg dapat membawa nama asia ke peringkat mata dunia.

JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA VS TAIWAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 PUSINGAN PERTAMA

Saingan bolasepak antarabangsa pasukan senior untuk pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil bagi zon Asia dimulakan dengan Malaysia vs Taiwan(Chinese Taipei).Malaysia diundi bertemu Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014. Malaysia menduduki tangga ke-138 dunia manakala Taiwan berada pada rangking ke-147 dunia.Berikut adalah jadual, tempat, masa perlawanan akan dilangsungkan:

Perlawanan pertama(home):

MALAYSIA VS TAIWAN - (29 JUNE 2011)
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
8:45 malam

Perlawanan kedua(away):

TAIWAN VS MALAYSIA - (3 JULAI 2011)
Stadium Taipei Municipil, Chinese Taipei



K Rajagopal mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menang dalam perlawanan bertemu Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 ini. Jika Malaysia menang, Malaysia akan bertemu Singapura pada pusingan kedua, 23 Julai di Singapura dan 28 Julai di Stadium Bukit Jalil.

2 KELIBAT PEMAIN EROPAH TAIWAN


Dua pemain Taiwan yang berpangkalan di Eropah bakal menjadi duri dalam daging bagi Skuad Kebangsaan Malaysia. Mereka mempunyai misi tersendiri bagi mambantutkan usaha Malaysia untuk mencatat kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu ini. Dua pemain tersebut ialah Victor Chou yang beraksi sebagai pemain pertahanan di salah sebuah kelab di Sepanyol dan Xavier Chen yang bermain sebagai pemain pertahanan kanan di Liga Belgium. Kedua-dua pemain tersebut dijangka akan menyukarkan barisan serangan Malaysia yang diketuai Safee Sali untuk mencari sebarang jaringan. Mereka begitu yakin untuk mengalahkan Malaysia Rabu ini. “Kami berada di sini untuk menang. Ia bukan perkara mudah tetapi kami akan menghalang Malaysia. Jika Malaysia mahukan kemenangan mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya.-VICTOR CHOU(exsen no....)Harap skuad Malaysia tidak over confident dan mampu beraksi dengan cemerlang. Malaysia tak pernah ke final Piala Dunia sejak menyertai pusingan kelayakan pada tahun 1974.
GOALKEEPER DIA PENDEK,ACTUALLY YG LAIN SUME TEMPANG.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...