RASAMEMAKSAMENGETAHUI: Tahniah untuk squad kebangsaan malaysia

Sunday, December 26, 2010

Tahniah untuk squad kebangsaan malaysia



“ MALAYSIA BOLEH!” tahniah untuk raja gopal dan squad dibawahnye kerana dapat menumpaaskan indonesia ditempat sendiri dengan gol 3-0 ditempat sendiri.....keyakinan,kesungguhan nampak pada setiap pemain dengan corak yg diletakkan oleh coach kebangsaan k raja gopal kerana dapat membawa bekalan ke final perjumpaan kedua di indonesia....
Dalam kerancakan kedua-dua pasukan melakukan persiapan taktikal dan mental untuk memenangi perlawanan ini, media-media di Indonesia tak sudah-sudah menyiarkan berita tentang piala AFF ini. Yang aneh teramat sangat setiap kali bukak televisyen, setiap kali itu jugaklah berita tentang piala AFF disiarkan. Nampaknya media Indonesia telah bersepakat bahwa perlawanan final menentang Malaysia merupakan suatu peristiwa yang paling penting untuk masa depan bola sepak dan hubungan serumpun kedua-dua negara. Media Indonesia juga ada mengeluarkan isyarat hati-hati terhadap pasukan Malaysia yang tidak boleh dipandang enteng biarpun pada perlawanan pertama mereka membenam Malaysia dengan skor 5-1 di Gelora (Gelanggang Olahraga) Bung Karno. Yang mengejutkan juga, media-media Indonesia melabel Safee Sali sebagai ‘The New Mokhtar Dahari’ setelah aksi mantap beliau di peringkat kumpulan dan semi-final menentang Vietnam. (Rilek bro..keep it cool)




Kami sebagai rakyat Malaysia khususnya saya sebagai penulis berharap pertemuan kedua-dua negara serumpun ini di samping sebagai penentu siapa berhak untuk trofi AFF, juga dapat menjadi pengerat hubungan kedua negara yang pernah beberapa kali dilanda kontroversi. Bak kata orang Indonesia, ‘menjunjung tinggi sportifitas dan profesionalisme’ sangat penting dalam menamatkan perlawanan ini dengan jayanya.


Kami rakyat Malaysia berharap skuad bola sepak kebangsaan dapat membawa pulang piala AFF ke Kuala Lumpur dengan jayanya dan dengan ini menamatkan tahun 2010 sebagai tahun yang cemerlang buat skuad bola sepak negara.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...