RASAMEMAKSAMENGETAHUI: tips memandu ketika hujan lebat.

Monday, July 5, 2010

tips memandu ketika hujan lebat.

Assalamualaikum wbt,

Ramai yang masih lagi tidak menyedari mengenai kepentingan mengamalkan pemanduan berhemah ketika di jalan raya. Lebih2 lagi ketika musim hujan. Pemandangan kabur tentu sekali menjejaskan pemanduan kita. Macam2 faktor kemalangan yang perlu kita ambil berat agar kesedaran itu ada bagi setiap pemandu kenderaan. Anda boleh baca entri saya dalam entri: Punca Kemalangan, Salah Siapa?

Entri kali ini, saya akan kongsikan mengenai tips memandu ketika hujan lebat. Tips yang saya rasa, ramai sudah maklum mengenainya. Tetapi sejauh mana anda mengamalkannya?

Beberapa tips yang akan saya kongsikan ini adalah perkara yang saya akui amat berkesan ketika pemanduan waktu hujan lebat:

1. Pemakaian Cermin Mata Gelap (Sunglasses)

Pelik kan? Kalau cuaca panas dan pancaran matahari amat terang sehingga mengganggu pemanduan, pemakaiaan cermin mata gelap itu adalah satu keperluan yang saya pasti, anda yang tiada lesen memandu pun faham mengenainya. Tapi ketika hujan lebat?

Berdasarkan pengalaman memandu yang tidak seberapa ini, pemakaian cermin mata gelap sememangnya membantu penglihatan anda ketika memandu di hujan lebat. Tips ini saya pasti 100% terbukti! Banyak kali dah cuba.

Kesan polarisasi (polarisation) dikatakan antara mekanisma yang membantu dalam meningkatkan kualiti penglihatan anda melalui pemakaian cermin mata hitam.

Nak tau bagaimana kualiti imej melalui kesan polarisasi ini? Lihat imej yang saya ambil dari Rayban.Com

Cukuplah sekiranya anda dapat menyediakan sepasang cermin mata hitam di dalam kenderaan anda. Tak perlu yang mahal, kedai RM2 pun banyak dijual. Nak rasa elok sikit, pergi pasar malam, yang harga RM10 tu. Tak pun, kalau nak bergaya dengan fesyen terkini, duit pun masyuk, pakailah yang ratus2an, ribua2an punye. Hehe.

2. ELAKKAN Memasang Lampu Kecemasan (Hazard Light) Ketika Kenderaan Sedang Bergerak!
Saya tidak pasti di mana silapnya. Ramai pemandu yang menggunakan lampu kecemasan ketika memandu semasa hujan lebat terutamanya di lebuhraya. Eum, mungkin bagi mereka yang berbuat demikian bertujuan untuk menarik perhatian kenderaan yang berada di belakang mereka. Sebenarnya, ianya meningkatkan lagi risiko kemalangan yang tak diduga!

Ramai maklum mengenai penggunaan lampu kecemasan hanya ketika kenderaan tidak bergerak. Bayangkan sekiranya mind set pemandu semua menggunakan lampu kecemasan ketika kenderaan sedang bergerak, apa akan jadi sekiranya ketika hujan lebat, ada kenderaan yang rosak di tepi jalan menggunakan lampu kecemasan tersebut? Mungkin akan ada yang berlanggar, nauzubillah.

Itu situasi sekiranya melalui mind set anda. Sebab lain bahayanya penggunaan lampu kecemasan ketika kenderaan sedang bergerak ialah, kenderaan lain tidak akan tahu anda ingin belok ke kanan tanpa menyalakan lampu signal anda. Anda tidak boleh menggunakan lampu signal anda ketika anda nyalakan lampu kecemasan anda.

Banyak isu yang memperdebatkan mengenai isu ini, ada yang berpandangan ianya baik untuk menyalakan lampu kecemasan ketika memandu dalam hujan lebat. Tetapi pada pandangan saya, ianya sangat bahaya untuk dipraktikkan, dan, lari dari peraturan yang ditetapkan mengenai penggunaan lampu kecemasan.

Jom baca forum ini untuk penjelasan lebih lanjut: Motor Trader

+++++

Ini sekadar tips, dan panduan pemanduan daripada penulis semata2 melalui pengalaman memandu, perbincangan dan rujukan daripada bahan media sedia ada. Anda tidak boleh menganggapnya sebagai satu nasihat daripada seorang pakar.

Akhir kata, pandulah dengan cermat, ingatlah insan tersayang!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...