RASAMEMAKSAMENGETAHUI: Misi hati

Friday, July 30, 2010

Misi hati

Telah lama aku perhati,
Pada corak warna & bunyi,
Tiap nada rendah & tinggi,
Tiap bentuk hitam atau putih,
Sudahkah kita bertemu sebati?

Ku dengar nun jauh nada bergema,
Nyaring & merdu tapi tiada berirama,
Cuba membentuk melodi sama,
Arah tujuan dan jalan yang sama

Ku dekati jatidiri berwarna-warni,
Umpama alam tampak berseri,
Limpahan anugerah dari Ilahi,
Bukankah kita perlu menghargai?

Dalam ruang kesefahaman
kadang bertemu jalan perdebatan
umpama mengukir batu berlian
membuang sebahagian bentuk batuan
prosesnya terpaksa melalui pergeseran
biasanya masa tetap terkorban

Tiada manusia sama bentuk kejadian
Satu fikiran, satu kemahuan, satu tujuan
Namun anugerah Allah di dalam berbezaan
Untuk kita mencari persamaan
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...