RASAMEMAKSAMENGETAHUI: 2011

Sunday, December 18, 2011

KOMEN WANITA KEPADA Lelaki Handsome DAN Lelaki Tak Handsome

1)Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…
2)kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

3)kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…
4)kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat
perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

5)kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)..
6)kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

7)kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
8)kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

9)kalau lelaki handsome menuang air ke gelas
perempuan perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas
perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….
10)kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Tuesday, November 15, 2011

CINTA ,DUIT ,PENGARUH DAN DOT,DOT,DOT……..


PERGH!!!!!MANTOP SIOT!!!!AKU TAK KIRA AKU NAK EJAS DIA NI!!!!!!!
EJAS TENGKORAK KORANG,hikhikhikhikhik…….just skrip atas tu..anyway apa yg korang tau,taste untuk pilih memilih ni adalah hak setiap cowok2 dalm dunia yg serba moden sekarang ni.Nak mesti la yg cantik,sempurna menawankan?tapi agak2 der korang jgn pakai langgar je sampai tak mengira dari segi bentuk mana atau cara nak dapatkan si dia ni.artikel yg aku kluarkan sendiri ni,bukan nak tunjuk aku hero dalam topic ni,malahan aku taknak la beri peluang sgt kat si gedik2 sedunia ni….diorang mesti ada sesuatu yg diorang nak juga…so…..jgn nak melingkopkan diri kat depan diorang ni.



Setuju atau tidak…itulah hakikatnya! Mencari cinta di zaman moden sekarang ni bukan seperti dulu lagi. Korang memerlukan banyak duit untuk melabur demi cinta yang anda impikan. . Namun, cinta yang diidam-idamkan akan mudah hadir di dalam hidup korang, sekiranya anda adalah seorang yang mempunyai banyak wang! Itulah dia pengaruh duit kepada sebuah cinta, dan kebahagiaan.
Tak yah la nak deny it! …most woman nowadays are materialistic! BUT who can blame them?dalam dunia, pemilihan pasangan yang berduit, kaya, jutawan adalah amat relevan.personally, aku sendiri menyarankan untuk wanita memilih pasangan yang paling kurang pun, seorang usahawan. Huh!!!!.....suka para2 gedik2 sekalian.tpi agak2 la wei jgn la nak memilih sgt…pilih2,nanti jgn sampai jodoh ngan bangla pulak…hikhikhikhikhikhik… anyway,pada jejaka hensem yg baik2 kat dunia ni terutama yg berbonus hitam seperti aku ni, jgn terlalu mengejarkan sgt kehendak tu…biar bertempat…yg penting ikut ukuran baju badan sendir
Pepatah dari Albert Einstein.
‘“You can lose a lot of money chasing a woman…but you’ll never lose a woman chasing money”
Akibat situasi kehidupan yang sedemikian rupa, cara2 lelaki nowadays nak memikat yang lawa-lawa juga dah berubah…Mostly, mereka memikat dengan cara 2 M, MEMPERDAYA & MENIPU. Mereka siap boleh REKA KEHIDUPAN YANG KONON NYA MEWAH…pdahal, semua pinjam, semua loan, semua sewa, semua orang punya….all because nak pengaruhi wanita itu dengan kekayaan dan kemewahan. Yang si gedik ni pun,mula la “layu ditasik madu.”
Sekiranya cinta korang memerlukan banyak perbelanjaan , even selepas kahwin lagi banyak… so, Mengapa kita terus mengejar cinta? Bukankah lebih bagus kita mengejar kekayaan? Anyway,bukan la nak sgt kaya,yg penting syukur sedangkan kite senang berbanding negara2 org yg kebuluran segalanye…
realiti kehidupan sang2 pecinta zaman sekarang ni ramai yg pandai berkata “Tak pandang harta, tak pandang nama…tapi mencari hati yang baik” …ya lah tu. Sedangkan nak order ais kosong pun nak kena bayar sekarang bro. Lagikan nak bercinta, nak dating, nak kahwin. Kalau setakat baik hati je, tapi poket kosong…at the end of the day, the girl yang menyara hidup si lelaki…nak ke jadi lelaki sebegitu? Nak ke jadi wanita yang terpaksa ‘berbelanja dan menanggung hidup pasangannya hanya kerana cinta?’pergh!jaga saham bro…penting ni…


okla,kalau nak senang or sederhana pun,mesti pandai berbaject kata org agak2,jgn sampai bunyi mcm ni:
Jika kita ambil kehidupan paling sederhana pun, tetap anda memerlukan duit yang banyak, untuk sewa rumah ke, bil telefon, bil eletrik, bil klinik, tambang teksi/bas, makan-minum, pakaian, and all that is for two! Amacam?
Kemiskinan mula la menghimpit kehidupan, perbalahan di dalam perhubungan mulai menjelma.Setiap hari, hanya duit, duit, duit yang dipertekakkan, duit yang menjadi masalah…last sekali?
Bersepai la bahagia!(fuh!mantol ayat)
So entri yg aku luahkan ni nak juga di perbincangkan, mengapa tidak pandang pada yang berharta dan hanya pandang pada yang baik hati?…yang berharta dan kaya ni, hati tak baik ke?
Apa yang perlu kita tanam di dalam diri kita, rezeki dari hasil kekayaan yang diberkati Tuhan itu pastinya menjanjikan kebahagiaan. But tidak semestinya kita kena pilih, instead of chasing women, we forget about woman and chase money all out, 100%…that’s NO FUN!
So,logic akal la kan-
“Wang atau kebahagiaan? Mengapa perlu pilih salah satu? Kalau anda diberi pilihan untuk potong tangan kiri ataupun potong tangan kanan… mana satu pilihan anda? Sudah pastinya kita ingin simpan kedua-duanya! Jadi, mengapa perlu pilih- mengapa tidak miliki kedua-duanya………..
Review la entri ni dengan diri korang masing2 kejarlah cinta sekadarnya kejarlah kekayaan sewajarnya. Yang pasti, “Anda akan kehilangan banyak duit kerana mengejar wanita, tetapi anda tidak akan hilang wanita jika mengejar duit!”
Anyway klu diberi peluang pula-
Kalau tuhan ingin kurniakan korang satu keistimewaan iaitu mata…..mana korang nak pacak mata tu?
(so dengan mata ke3 korang tu letakla ditempat yg benar2 pasti supaya korang dapat nikmatinye sepuas2nye)

Sunday, November 13, 2011

95 FAKTA MENGENAI LELAKI YANG PEREMPUAN WAJIB TAHU!

fakta lagi ek...smpai bile la ada je fakta....xda fakta,tiada la yg menarik yang ingin tahu atau dibace betol?actually.....fakta ni ada la sikit persamaan dengan ENTRI yang dipost dahulu,so ni adala sambungan yg perlu kaum wanita patut tahu


1.Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan
kemas.
2.Lelaki benci kekasih di'ngurat'
3.Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
4.Ketika seorang lelaki berkata dia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
5."Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
6.Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
7.Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
8.Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
9.Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
10.Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
11.Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap..
12.Lelaki juga boleh menangis!
13.Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
14.Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
15.Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
16.Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
17.Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
18.Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
19.Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
20.Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".
21.Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas.


22. Lelaki benci gay!
23. Lelaki sayangkan ibu mereka.
24. Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
25. Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki menyukainya.
26. Anda tidak akan pernah memahami lelaki kecuali anda dengar cakap dia.
27. Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia benar-benar kata begitu.
28. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan.
29. Perempuan adalah kelemahan lelaki.
30. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
31. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan biarkan dia menunggu.
32. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.
33. Lelaki benci kalau pakaian mereka menjadi kotor. Meskipun titik kecil.
34. Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana.
35. Kawan baik anda, yang menjadikan dia sebagai rujukan bagi teman lelaki anda tentang masalah dengan anda mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada dia.
36. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah , dia hanya perlukan seseorang untuk mendengar dia. Anda tidak perlu memberi nasihat ...
37. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda anda.
38. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
39. Lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut.
40. Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
41. Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
42. Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
43. Lelaki berfikir terlalu banyak.
44. Fantasi lelaki tidak terbatas.
45. Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
46. Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu.
47. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
48. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
49. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
50. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
51. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
52. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah


53. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
54. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
55. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
56. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya"
57. Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
58. Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
59. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
60. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
61. Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
62. Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
63. Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki
64. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
65. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up
66. Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta.
67. Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! ... ... Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia
68. Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
69. Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
70. Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
71. Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut.

72. Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
73. Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
74. Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
75. Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
76. Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
77. Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
78. Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
79. Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
80. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
81. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
82. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
83. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
84. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
85. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
86. Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
87. Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
88. Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
89. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
90. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.


91. Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'
92. Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.
93. Lelaki benci perempuan yang gedik.
94. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.
95. Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka ..

Tuesday, November 8, 2011

There are five things you can avoid the love that does not happen in pressure between the HUSBAND AND WIFE

No doubt, when sex can also put pressure on the face of disagreement. While the right bite your tongue, much less his wife. However, there are several things you can avoid the pressure of love that does not happen, namely:




1. Do not be too serious in a relationship
Attitudes that are too serious, not flexible and can be very stressful too controlling. Relax and try to enjoy every moment with the more meaningful.
2. Avoid feelings of your partner is too controlling
This can lead to boredom and conflict. Trust between each other to be the basis for communication.
3. Do not place your happiness in the hands of your spouse solely
According to Abraham Lincoln, happiness is the way a person is thinking. Mistakes can add individual weaknesses. But, if individuals think positive, life would be happier and happier.
4. Do not expect the couple meet all the dreams and desires
Your spouse is not responsible for your happiness guarantee. But for couples who are happy, they are willing to share everything and are not forced to live their dreams.
5. Do not the latent feeling
Some couples try to avoid to discuss the conflict at hand. This failure will complicate the situation and there may be those who are not satisfied until he was cured.

Monday, July 4, 2011

7 LoVe UnappReCiated!!!!

~~~~~erk,start mcm mana ek....trus je lah.kau tau tentang INI?penah kau faham maksud NIE,patut ke berlaku mcm NIE,jangan kau buat tanda2 seperti INI,aku tak minta untuk kau terasa mcm INI,sukar ke untuk kau fahami?kenapa kau buat sampai aku merasa sebab2 tak dihargai?


~Sukar untuk menduga hati seseorang jika aku tidak tahu bagaimana hendak menyelami lubuk hatinya. Apa pun keputusan aku,ikut kata hati dan bukannya fikiran..
Hati tidak mampu membohongi diri sedangkan fikiran mempunyai pelbagai alasan untuak mencipta helah…so apa sebab sampai aku terasa tak dihargai?jom kita share..

7 sebab CINTA tak dihargai…

1) TIDAK TAHU APAKAH MAKNANYA CINTA..
Ada juga yang ingin bercinta tetapi tidak tahu apakah maknanya sebuah percintaan. Selidiki dahulu adakah korang benar-benar memahami konsep cinta atau pun korang perlu mempelajari makna disebalik cinta dahulu.

2) TIDAK TAHU MENGHARGAI NILAI SEBUAH CINTA
Bukan semua orang yang tahu menghargai nilai sebuah cinta. Cinta sering dianggap sebagai bahan kajian sama ada korang boleh melaluinya atau pun tidak. Jangan memperlekehkan perasaan cinta, kelak ia akan membakar diri sendiri.

3) HANYA SEKADAR SUKA-SUKA
Suka-suka untuk bercinta sering terjadi pada individu yang suka bertukar-tukar pasangan.. Jika suka, korang akan mendekati dirinya.. Bila sudah jemu, mulalah timbul perasaan benci lalu kamu menjauhi dirinya.. Mengapa? Tanya pada hati!

4) TERPENGARUH
Terpengaruh dengan janji-janji manis si dia dan begitu mudah menyerahkan cinta bukanlah satu perkara yang boleh dianggap lewa. Hanya kerana terpengaruh, korang menyerahkan cinta pada si dia tanpa terfikir, adakah benar korang menyintai dirinya.

5) TEMAN KESUNYIAN.
Sering kali seseorang individu yang kesunyian setelah putus cinta akan lekas mencari pengganti. Sukar untuk hidup sendiri, bosan dan sentiasa mahukan teman membuatkan seseorang mudah meraih cinta. Cinta seperti ini bukan mudah untuk bertahan lama kerana tidak mengenali si dia dalam jangka masa lama dan terus mengikat janji.. Kesudahannya,korang juga yang menyesal kerana tersalah pilih..

6) SAINGAN ORANG LAIN
Semata-mata mahu menyaingi orang lain terutamanya teman-teman rapat,korang ingin sekali mencari kekasih.. Bila sudah ada kekasih, bolehlah menunjuk-nunjuk saham kamu juga laku.. Adalah ‘point’ kamu untuk berkata, “Hei! Aku dah ada makwe/pakwe tau!”, pada teman-teman…

7) BERPURA-PURA..
Berpura-pura menyayangi si dia atas dasar simpati, tekanan diri keluarga atau pun ingin mempergunakan si dia untuk kepentingan kamu.. Contohnya, mendampingi si dia kerana wang dan paras rupanya yang kacak/jelita atau pun keluarga yang ingin menyatukan kamu dengan dirinya membuatkan kamu terpaksa berpura-pura menerima si dia… HIPOKRIT!!…


so sebab2 niey mungkin berkaitan ataupun salah dilubuk hati korang...WANNA SHARE?lets komen ENTRY nie...

Sunday, July 3, 2011

BLOG WACANAKU DAH DIBUKA!!!!

hello blogger2 sekalianku BLOGLIST WACANAKU DAH DIBUKA!!!so apa lagi,aku sebagai blogger bawah2han niey nak ajak korang join WACANAKU.So seseiapa blogger2 mcm aku nie yang tak TOP sgt nie jom la meramai2kan peluang yg ada.Apa yg menarik sgt,nak sgt tau korang just KLIK ok..



so...apa patut korang buat just klik ......

Friday, July 1, 2011

~KENTUT~

~Dalam seminggu nie,proot,proot punggung aku nie,bau dah la semerbak kasturi.....sampaikan kengkawan aku letak rangking diantara kengkawan yang lain.So disebabkan aku niey gemar kentan kentut,tak mengira tempat,aku terpikir nak mencari ciri2 seorang kuat kentut....kata orang dengan kentut je bleh mengenali seseorang itu....so kawan2 ku meh terjah post aku nie nengok la kawan mu niey yang kuat kentut..ngee.....


PROTTTTTTTTTTTTT~

1 Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2 Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3 Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

4 Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5 Orang MISTERI Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

                                             
6 Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

7 Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

8 Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.


9 Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

10 Orang @#$% Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

11 Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

12 Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

13 Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

14 Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.


15 Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

16 Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

17 Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

18 Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

19 Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

20 Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

~so skrg korang bleh la menilai kentut2 korang or your friends....selamat mencuba!!!!!choose no yg ada kat diri korang dalam comment nanti ye....jgn malu ngeeee......

Wednesday, June 29, 2011

~HOT VS TERASA~



~Tak seberapa nak pastilah bila dah hot,tapi kemungkinan pasti jika terasa.Entry nie bukan nak menunjukkan yg aku nie nak menjadi hero agama.Tapi bagi aku,aku tak akan jadi hero atupun heroin mahupun pelakon tambahan dimana2 pihak didalam nie.Actually,aku sebagai lelaki terasa ingin meluahkan apa yg aku tersadar~ kenapa?mengapa?dan untuk apa pada kaum yang bakal akan menjadi pelengkap rusuk setiap lelaki.
~Macam good2 je aku,good tak good korang mesti ada post yg ingin luahkan apa yg kau patut tahu pada wanita la laki la,mcam2 kan nak post entry ni,(tak bagus mana pun aku nie kalau korang kenal,tapi rugi kalau korang x kenal)OMG!!!!bpak perasan plak dia nie...Huk,hukhukhukhukhuk....Debak,debuk,debak,debuk,aku cuba berani ingin mengaku dan menyuarakan wakil dari setiap jejaka zaman skrg sukar ingin mencari wanita yang(BUKAN SEBAB XHENSEM)mampu mempertahankan auratnye sepenuhnye.Kalau dicakapkan nanti ada2 je alasan untuk membuatkan bahagian2 tubuh didedahkan.Aku rase xsalah lelaki ingin tahu dan ingin pada pada setiap pilihannye.Mcam post2 yang lepas wanita perlu tahu pada setiap LELAKI.Balik pada topic yang asal dalam masalah aurat kerap aku dengar dari segi setiap keperluan kerja,sukan and paling teruk demi ingin mengambil hati dan perasaan masyarakat sekiling.Tak lupa pada setiap gambar laman social mereka,terutama yg kerap Nampak dilaman FACEBOOK.Alahai kalau disebutkan perihal FACEBOOK terang2 profil picture mantap,power,hebat,apa segala jadah posing sume ada.Ok,aku beri simple je la untuk kita sama2 pikirka.(,xnak lantak lu lah).
~KEPERLUAN KERJA~tak aku nafikan,masih bnyak dan wujud pekerjaan dimalaysia yang memerlukan pekerja wanita yg cantik,actually terkena pada wanita islam terlibat dalam bidang pekerjaan yg memungkinkan mereka nie mendedahkan rambut dan sedikit dada,betis,kalau tak ke betis sampai ke peha,siap belah...PERGH!!!!!....apa yang Nampak pramugari,salesman,agensi insurans terkena byk dibelah pihak wanita.
~MASYARAKAT~mula2 pakai tudung,lama kelamaan dah bercampur dgn orang sekeliling yg tidak memakainye,mulla nak berjinak2 xpakai terus.Alasanyer,nak jaga hati kawan2,nak biar semua sama xpakai tudung,malu nak kuar jalan ngan diorang xpakai tudung,lagi best xnak digelar sebagai budak kampong(bodoh2 je alasan tu kekadang)kalau nak dibandingkan dengan agama kalau aku cakap mcm nie nanti mesti ada perasaan nak cakap(kubur asing2 der,dosa gua,bukan dosa lu,lu sebok sgt jaga tepi kain org apsal)tak kebegitu bunyinye....



~FACEBOOK~masuk part nie je,OMG!!!bedebak debuk masuk dan terpikir dalam kepala korang,bukan aku jerk...tipu kalau korang tak terfikir,tak dapat nak fikir tu masalah kebonggokan dia sejak azali la tu...Aku ada gak facebook,tapi agak la ye darl gambarnye tu...sampai lurah with alur gajah kdg Nampak,aku kagum pic2 korang tu nice,cantik bley jadi model kdg kalau ngk tu..tanjat boboi phptp shoot kdg2.Jangan la sampai tersembul sana,tersembul sini.Nak2 remaja wanita zaman sekarang yg hamper meningkat dewasa,PErgh!apa yg diorang nak agaknye bila letak gambar2 mcm tu(aku nak tau jugak)jgn lupa korang listkan kat comment pada entry nie...Tak salah ingin tahukan?Tak silap aku,apa yang aku tahu wanita nie tak lari dari suka dipuji,AWAK CUTE LA,AWAK CANTIK,MANISNYE AWAK NIE.Tak begitu?lepas tu kononye~ala mana la ada,awk nie memandai je,xda la cantik mana pun,yeke?thanks.dalam hati suka giler,excited......selang 2,3 hari ,PERGH lagi mantap posingnye...sampai nak terselak sana,terselak sini...FUH DASHYAT GILER!!!!!



~Aku rase maybe ada sesetengah pihak kadang xbersetuju apa yg aku katakan postkan niey..actually,aku rase lebih elok kite sharing...aku bley terima pandangan org,tapi kene ada sebab.Lagi satu aku nak sentuh pasal pakai tudung,tak banyak nak aku ketengahkan,tapi akan aku sebutkan apabila seseorang bila memakai tudung~~~
~baju lengan pnjg labuh tapi ketat(body shape)
~baju labuh tapi lengan pendek(T-Shirt)
~baju lengan labuh&seluar panjang labuh tapi 5suku(paras betis,paras peha)
~baju lengan labuh & seluar panjang labuh tapi bertudung mengikut fesyen kebelakang Nampak
Leher&dada.
~baju lengan labuh&seluar panjang labuh tapi XXRay,paham2 je la...
~So betul ke tak apa yang aku Nampak sama ngan apa yang korang Nampak?and x lupa aku ada sesuatu untuk korang yang sudi mengambil masa untuk baca entry ni...

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan


Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya


Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.




~Apa macam pun aku rase korang ada byk sebab,atau mahu kongsi dan tidak puas ati kat entry nie aku terima caci maki korang,serlahkan pada comment aku nanti...JANGAN LUPA!!!!!.......

Tuesday, June 28, 2011

JOM FOLLOW HARIMAU MALAYA KITA...



FUHH!!!!!!!segak berani wajah diorang,seperti mana yg korang tau desas desus bola sepak tanah air kita semakin mantap sejak menjuarai AFF SUZUKI CUP 2010.Kali nie,mereka perlu tempuhi perlawanan yang dikatakan agak perit iaitu KELAYAKAN PIALA DUNIA pada 2014 nanti,hopely barisan negara kita dapat duduk sebaris sepertimana pasukan JEPUN,KOREA SELATAN,KOREA UTARA yg dapat membawa nama asia ke peringkat mata dunia.

JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA VS TAIWAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 PUSINGAN PERTAMA

Saingan bolasepak antarabangsa pasukan senior untuk pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil bagi zon Asia dimulakan dengan Malaysia vs Taiwan(Chinese Taipei).Malaysia diundi bertemu Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014. Malaysia menduduki tangga ke-138 dunia manakala Taiwan berada pada rangking ke-147 dunia.Berikut adalah jadual, tempat, masa perlawanan akan dilangsungkan:

Perlawanan pertama(home):

MALAYSIA VS TAIWAN - (29 JUNE 2011)
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
8:45 malam

Perlawanan kedua(away):

TAIWAN VS MALAYSIA - (3 JULAI 2011)
Stadium Taipei Municipil, Chinese Taipei



K Rajagopal mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menang dalam perlawanan bertemu Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 ini. Jika Malaysia menang, Malaysia akan bertemu Singapura pada pusingan kedua, 23 Julai di Singapura dan 28 Julai di Stadium Bukit Jalil.

2 KELIBAT PEMAIN EROPAH TAIWAN


Dua pemain Taiwan yang berpangkalan di Eropah bakal menjadi duri dalam daging bagi Skuad Kebangsaan Malaysia. Mereka mempunyai misi tersendiri bagi mambantutkan usaha Malaysia untuk mencatat kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu ini. Dua pemain tersebut ialah Victor Chou yang beraksi sebagai pemain pertahanan di salah sebuah kelab di Sepanyol dan Xavier Chen yang bermain sebagai pemain pertahanan kanan di Liga Belgium. Kedua-dua pemain tersebut dijangka akan menyukarkan barisan serangan Malaysia yang diketuai Safee Sali untuk mencari sebarang jaringan. Mereka begitu yakin untuk mengalahkan Malaysia Rabu ini. “Kami berada di sini untuk menang. Ia bukan perkara mudah tetapi kami akan menghalang Malaysia. Jika Malaysia mahukan kemenangan mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya.-VICTOR CHOU(exsen no....)Harap skuad Malaysia tidak over confident dan mampu beraksi dengan cemerlang. Malaysia tak pernah ke final Piala Dunia sejak menyertai pusingan kelayakan pada tahun 1974.
GOALKEEPER DIA PENDEK,ACTUALLY YG LAIN SUME TEMPANG.

Monday, June 27, 2011

TANDA2 WANITA MENIPU DAN M’YIMPAN RAHSIA DARIPADA LELAKI.

(Apa yang dirahsiakan sgt tu?Penting sgt ke?untuk apa?wajarke dirahsiakan terutama kekasihnye sendiri ni....acctually,jgn la membuatkan aku ni fikir negative,dia tahu tak apa yang aku fikirkan ni.)Ini lah kata2 seorang lelaki(termasuk aku)dalam hatinye sendiri memikirkan kekasihnye yg kerap menyembunyikan sesuatu darinye.Comfirm JK(jiwa kacau) punya la ati lelaki dalam keadaan macam niey)......



ACTUALLY,pada kaum sesame aku ni,aku harap entri aku nie dapat topup2 sikit experience korang dalam mengenali wanita ni. Boleh jadi, wanita tidak pandai menyimpan rahsia kerana nalurinya yang senang melepaskan kata-kata. Kalau anda merasakan si dia pandai menyembunyikan rahsia, kenali tanda-tandanya.

GAGAP
Kebanyakan wanita lebih berekspresi dibandingkan dengan lelaki, apalagi menerima hadiah dari orang tersayang. Ketika anda memberinya hadiah, apakah reaksinya santai? Waktu beristirehat adalah waktu yang baik jika anda sedang membaca buku, tapi hal yang buruk jika anda mencari kebenaran. Gagap merupakan tanda yang pasti dia menyimpan rahasia.

KAKU
Dia bukannya bercakap dengan seorang menteri tetapi dengan anda iaitu kekasihnya.. Jadi, jika dia menggunakan bahasa yang terlalu formal, kaku, dan suaranya hampir seperti dia berlatih pidato, berhati-hatilah. Ia berbohong, sama seperti seorang ahli politik yang licik.

BENCI DITANYA
Jika dia marah hanya kerana anda bertanya mengenai hal yang kecil, pasti ada yang dia sembunyikan.

BAHASA TUBUH
Bahasa tubuh pembohong yang perlu diwaspadai adalah gelisah dan kompulsif (gerakan berulang). Jika dia tidak mahu bertentang mata ketika berbual, itu boleh jadi satu pertanda




TERLALU BANYAK DETAIL
Jika dia bercerita dan tak menyebutkan detail dengan baik, tanyakan kembali maksudnya, juga lihat bahasa tubuhnya. Di sisi lain, jika dia menceritakan kisah terlalu panjang, kenapa ia jadi begitu gugup?




TANDA KUNCI
Bohong jika wanita tak pernah memikirkan bekas kekasihnya. Kalau ia berkeras menyangkal, anda tak perlu khuatir. Setiap wanita pasti memikirkan kekasihnya yang dulu, tapi bukan bererti wanita tidak berfikir bahawa apa yang dilakukannya bersama anda adalah lebih baik. Itulah kuncinya!

Saturday, June 18, 2011

PATUT KE TAK?


Patut ke tak?aku short story kisah niey yang dah 2 bln lepas berlaku,nak tahu patut ke tak......,(okey,b xkesah nak berkawan,hati2 tau kawan tu,jgn lebih2 tau,yelah b caye kalau syg nak study group dengan kawan2 syg,actually jgn lebih or melayan sgt pada lelaki klu kawannye lelaki..pastikan kawan perempuan pun ada) kisah niey pernah berlaku pada seseorang yang terlalu percayakan teman wanitanye,oleh sebab terlalu percayekan sampai tidak mengambil tahu siapa kawan dia,atau siapa temannye mahupun lelaki atau wanita.akhir sekali tiba2 hubungan makin renggang dan putus.............................................................................. ................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
berkawan tu x salah...yg menjadi masalah tu bile melayan...fhm2 la bila da ambk berat sikit mula la trasa di sayang dan mula merasa keserasian tu muncul..pastu dgn bf/gf mula la rase kekurangan dan mula compare dgn si dia yg barudi knali tu dan akhirnya putus hubungan dgn kekasihnya dan menerima dia sebagai kekasih baru....



PAtUT?

Tuesday, January 25, 2011

Rintihan seorang yang dianggap PEMUSNAH!

...................................
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
aku terburu2 disebabkan tanggungjawab dan berpegang teguh pada janji.......
.
.
.

.
.
.
.
.
.
menyebabkan aku tidak tahu nak memberikan apa alasan untuk tanggungjawab kedua.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
keesokkan harinye dua pembantu aku meluahkan cerita yang mengejutkan tanpa apa2 perbuatan menyenaraikan aku ini PEMUSNAH kepada seorang dan sekeluarga yang memang aku kenal terutamanye org tua aku.......
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
tidak ada niat untuk aku memusnahkan orang yang seagama dengan aku malahan bangse aku sendiri....aku datang dari awal lagi ingin membantu bangse sendiri terutama seagama dengan aku untuk menaikkan sesebuah perniagaan.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
apa masalh kau dengan aku?
.
.
.
.
.
.
.
.
apa sakitnye aku buat kat kau?.
.
.
.
.
.
.
.
lagikan pula siapa antara satu keluarga tu dengan aku....?.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
diorang kenal aku la....
.
.
.
.
.
.
.
.
bukan care aku nak porak perandakan apa yang diorang usaha.
.
.
.
.


.
.
.
.
aku datang untuk membantu.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dah la....
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.
.
.
aku rasa baik aku....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................,

Monday, January 24, 2011

PESANANAN ROH KEPADA MANUSIA HIDUP

Salam semua....hidup kita pandai-pandai je nak pesan orang itu ini semua kali nie menakutkan sikit pesanan ni.Pesanan untuk selama-lamanye dan jangan lah korang abaikan.....ingatlah kita hidup ni cuma meminjam....meminjam apa?pandai2 la korang fikirkan.....
APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.
“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku.”

Tuesday, January 18, 2011

betul ke apa yang aku hadapi ni?

argh.....betul tak betul niey......
kenapa perit sangat apa aku hadapi niey...
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku kejam ke?ganas sgt ke.....
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
aku mula rindukan korang........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tolong la.....
apa aku salah minta maaf sgt2...

Sunday, January 16, 2011

kawan makan kawan...........

rayuan mu membuatkan hati ku lembut untuk menolong mu....
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
..
.
.
.
.
tapi kau membuatkan aku hilang sabar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kau xkan aku lepaskan
,
,
,.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tahap kesabaran ada tahapnye.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan kau menyesal kali niey apa yang kau terima
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
///////

Tuesday, January 11, 2011

satukan semangat2 melayu..


Sopan bersila menggengam adat
tunduk tawadhuk ilmu berisi,
zikir lekat diam dihati
tanda hati sentiasa bersih

Tengkolok batik bersulam indah
Hitam terpendam pakaian berzaman
keris berlok indah diwrangka
bercincin merah delima saga

Berlapik kata indah tersusun
Mata bersinar cahaya kersani
Ikhlas senyuman manis tersusun
Wajah bersih pancaran qalbi


Darah mengalir ditubuh kini
Bukti sifat pahlawan asli
Gagah berani sifat naluri
Pantang di cabar maruah diri

Tika sedunia memandang tinggi
Jauh sekali bangga di hati
Maruah bukan dijual beli
bersandar hanya pada ilahi

Wahai pahlawan Melayu sejati
Bangkit segera hidupkan jiwa
Khalifah dijunjung, adat dijaga
Agar agama & bangsa terpelihara

Monday, January 10, 2011

Perempuan kini lebih suka menipu!!!!!!!

Ngee......pergh!dah terbuktikan perempuan skrg niey macam2.....biasala mengedik je diorang taw...geram....len la mcm kaum adam niey baik2 belakakan?meh aku tunjuk buktinye.....ngeeeee

LONDON: Satu kaji selidik mendedahkan bahawa perempuan kini lebih suka berbohong daripada lelaki.
Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya.

Secara perbandingan hanya sembilan peratus yakin mereka akan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.
Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia. Kaji selidik itu juga mendapati perempuan berusia 35 hingga 40 yang lebih banyak menipu. Kebanyakan mereka tidak mempunyai anak dan akan berlaku curang semata-mata untuk hamil.

Bagaimanapun, hanya 15 peratus lelaki akan memaafkan isteri ataupun teman wanita yang menipu berbanding dengan 12 peratus saja wanita yang akan menerima kembali pasangan yang curang. Hampir suku daripada perempuan bujang berkata, mereka akan menimbangkan untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang berkahwin atau sudah mempunyai hubungan istimewa.apa pun tak boley gedixs2 niey...eyyyyyyy


info:metro!

Friday, January 7, 2011

F&N Magnolia Sherbet dengan keunikan 4 rasa buah-buahan..


Kini F&N Magnolia/F&N Dairies berjaya lagi mengeluarkan satu product berkhasiat dari campuran perisa tropika dan keenakan buah-buahan berkhasiat disajikan dalam bentuk sherbet yang menyegarkan menerusi Magnolia Sherbet.

Dari hasil penyelidikan membuktikan pengguna akan menikmatinya jika mereka mendapati sesuatu produk itu berkualiti, enak dan berkhasiat. "Menerusi Magnolia Sherbet, pengguna akan dapat merasakan campuran unik perisa tropika yang enak dan menyegarkan. Kami yakin pengguna akan menyambut baik empat perisa kegemaran rakyat Malaysia ini," katanya

Keluaran terkini daripada F&N Dairies itu boleh didapati dalam empat perisa enak iaitu laici, manggis, oren dan tembikai susu. Rasa buah-buahan yang dihidangkan menerusi bentuk sherbet dalam cawan itu boleh dinikmati pada bila-bila masa terutama mereka yang mementingkan pencuci mulut berkhasiat dan sihat. Produk ini bukan saja sedap sebagai pencuci mulut, tetapi juga sesuai dinikmati sebelum waktu makan kerana rasa enaknya yang menyegarkan. Menurut Penolong Pengurus Besar Bahagian Aiskrim, F&N Dairies (M) Sdn Bhd, Woon Chun Han, produk terbaru itu agak unik.

Magnolia Sherbet dijual di semua pasar raya, pasar besar dan kedai runcit utama dalam bentuk cawan 85 mililiter pada harga runcit RM2.50 (Semenanjung Malaysia) dan RM2.80 (Sabah dan Sarawak). Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai jenis aiskrim Magnolia, sila kunjungi www.fndairies.com.

Tidak lupa juga pada pembeli Magnolia Sherbet ganjaran menanti anda,makan aiskrim mungkin menjadi rutin kebiasaan yang tidak pernah diambil berat oleh kebanyakan individu baik kanak-kanak mahupun dewasa, tetapi terfikirkah anda dengan memakan aiskrim, anda berpeluang memenangi sejumlah hadiah yang keseluruhannya bernilai RM400,000.

Ingin menjadi antara mereka yang bertuah menikmati hadiah hebat berkenaan, Magnolia menawarkan pelbagai barangan menarik untuk dimenangi antaranya 100 Sony PSP (Playstation Portable) atau 200 Sony Buddy Walkman yang setia menunggu anda.
Caranya mudah saja, sertai Magnolia Mag-a Deal Redemption dengan menikmati mana-mana aiskrim Magnolia batang, kon atau cawan. Jika anda bernasib baik mendapat batang aiskrim istimewa dengan logo Magnolia, anda boleh menjadi seorang daripada pemilik Sony PSP atau Buddy Walkman.

Penolong Pengurus Besar, Bahagian Aiskrim, F&N Dairies (M) Sdn Bhd, Woon Chun Han, berkata Magnolia Mag-a Deal Redemption memberi peluang untuk menyebarkan kehebatan kebaikan aiskrim Magnolia dan juga untuk memberi ganjaran kepada pengguna setia label ini.

“Sony PSP dan Sony Buddy Walkman sangat diminati oleh kanak-kanak, remaja, dan juga orang dewasa. Program tebusan ini adalah bonus berganda bagi pengguna kerana mereka bukan saja berpeluang untuk memenangi hadiah menarik, tetapi juga menikmati aiskrim Magnolia yang lazat berkrim.

“Untuk menebus Sony PSP, anda perlukan 60 mata dan satu batang istimewa, manakala Sony Buddy Walkman memerlukan 20 mata dan satu batang istimewa,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, baru-baru ini.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan kempen ini, sila lawati www.fndairies.com. Aiskrim Magnolia boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan kedai runcit besar.

INFO: Bagaimana menyertai peraduan

Beli mana-mana aiskrim Magnolia kon, cawan atau batang (kecuali Magnolia Tiger Lolly dan Gotcha Colour Pencil).

Kumpul mata daripada mana-mana pembalut kon (2 mata), pembalut batang (1 mata) dan penutup cawan (2 mata).

Sambil itu, cari batang ‘istimewa’ Magnolia untuk menebus hadiah utama dan apa yang perlu dilakukan seterusnya, adalah hantar penyertaan anda bersama “mata” yang terkumpul ke:

Magnolia Mag-a Deal Redemption
F&N Dairies (M) Sdn Bhd
70 Jalan Universiti, Peti Surat 19,
46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

7 maksud tersirat kau perlu tahu gedixS!!!


#1 FINE: bila di cakap fine dengan nada yang tegas. sebenarnya tidak, awas jangan tertipu! lagi satu fine akan diucapkan untuk mengakhiri conversation antara kau dengan die.

#2 FIVE MINUTES!: 5 minit bemakna 30 minit. kalau pompuan kau cakap "yang, 5 minit ya". kau patut bermonolong dalaman "ye lah i tunggu u 30 minit"

#3 NOTHING: nothing bermakna something. ade lah something wrong yang kau buat tu. bila bermula nothing biasanye die akan di akhiri dengan fine (rujuk #1). get used to it!

#4 GO AHEAD: atau dalam bahasa melayunya 'pergilah'.
maksudnya "kalau berani pergilah" ataupun "kalau nak mampus boleh pegi!"


#5 THAT'S OK: ni statement bahaya ni brader. ni macam ala-ala pendendam gitu. nanti kau akan kene revenge die bagi balik takpun die tengah fikir panjang-panjang macam mane kau nak balas balik kesilapan kau tu! ingat tu!

#6 THANKS: kalau die cakap "thanks". kau cakap je "you're welcome". dah selamat kau. tapi bila dia cakap "thanks a lot!". jangan pulak kau cakap "you're welcome" kompem kau kene "whatever!" lepas tu (rujuk maksud whatever #7). bila dia cakap "thanks a lot!". kau senyap je, sambil senyum kerang busuk, itu lebih selamat.
#7 WHATEVER: kalau dalam bahasa melayunya "apa-apa lah" bermakna "fcuk u!" atau lebih sopan sikit "celaka punye betina!"



Apa kata korang....Ok taK niey?

Monday, January 3, 2011

11 Pemain Asia Yang Patut Dilayakkan Ke Eropah Buat Masa Ini


Sebagai benua terbesar yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai, Asia tentu menyimpan bakat-bakat bolasepak yang hebat. ESPNsoccernet mencuba untuk meramalkan siapa saja yang mampu bersinar atau setidaknya cukup bagus untuk beraksi di Liga Eropah. Ada seorang pemain Indonesia & pasukan Malaysia juga semakin menampakkan peningkatan prestasi mereka yang dikatakan bermulanya episod permulaan untuk menjadi salah satu gergasi di Asia untuk beberapa tahun yang akan datang. Berikut antara senarai di dalam.

Deng Zhuoxiang (Shandon/China)
Midfielder ini tampil luar biasa di Piala Asia Timur tahun lalu. Termasuk ketika beliau menjaringkan gol ke gawang Korea Selatan yang menghadirkan kemenangan pertama bagi China atas 'Taeguk Warrior' nama jolokan bagi Korea Selatan. Kelab - kelab di Korea dan Jepun mencuba untuk menariknya tapi tidak sanggup dengan harganya yang tinggi. Mungkin sudah sampai masanya untuk kelab Eropah 'ikut campur tangan'.

Ismail Matar(UAE)
Pemain ini adalah harapan dari kawasan teluk. Beliau adalah pemenang bola emas iaitu pemain terbaik di World Youth Championship tahun 2003. Sebenarnya beliau sememangnya layak beraksi di Eropah. Namun kelabnya yang kaya mampu menahannya untuk tidak pergi ke mana-mana. Beliau kemudian juga menjadi bintang di Piala Teluk 2007 sekaligus membantu UAE untuk menjadi juara buat pertama kalinya. Berkat jasanya itu ia mendapat hadiah dua ekor unta. Ismail Matar dengan segera mendapat 'kenderaan' yang lebih bagus dari unta!

Koo Ja Cheol (Jeju United/Korea Selatan)
Beliau sempat dihubungi oleh agen Blackburn Rovers awal tahun ini. Kelab Swiss Young Boys of Berne juga tertarik padanya namun tidak sanggup membayarnya. Anehnya Koo bukanlah pemain pilihan di pasukan kebangsaan walaupun ia terpilih menjadi pemain tengah terbaik K-League musim lalu. Mampu mengawal bola dan bersedia mengucar - kacirkan dengan membuat umpanan kepada rakan sepasukan. Jaringan dari bola matinya iaitu menerusi sepakan percuma juga mantap. Banyak yang percaya kelewatan perpindahannya ke Eropah hanya disebabkan masalah waktu.

Kawin Thamsatchanan (Muang Thong United/Thailand)
Asia Tenggara tidak mempunyai sejarah yang kuat memiliki penjaga gol yang hebat. Namun pemain berusia 19 tahun ini memperlihatkan jikalau beliau mampu memenuhi kelayakan untuk menjadi penjaga gol terhebat. Beliau yang tidak beraksi di Piala AFF sangat dikesalkan oleh penyokong Thailand. Seorang pencari bakat dari Inggeris telah mencadangkannya pada Manchester United. Menarik untuk ditunggu apa yang akan terjadi selanjutnya.
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan/Malaysia)
Seorang lagi penjaga gol yang sedang meningkat naik yang sebelum ini tidak pernah dikenali, kini menjadi bualan ramai khususnya penduduk di Asia Tenggara mahupun juga di Asia. Beliau yang kini berusia 21 tahun pantas menjadi aset penting ketika membantu skuad Malaysia menjuarai kejohanan Piala AFF berlangsung baru - baru ini. Beliau yang masih muda menarik perhatian ramai khususnya di Asia Tenggara. Beliau yang menjadikan Iker Casilas sebagai idola, sememangnya layak untuk dipromosikan ke benua Eropah berikutan prestasinya yang mengagumkan serta usianya yang masih muda.
Yasser Al Qahtani (Al Hilal/Arab Saudi)
Beliau layak menjadi bintang yang paling terang di kawasan teluk. 'The Sniper' tidak pernah mencuba nasib di Eropah. Jika beliau mampu mengasah mentalnya untuk beraksi di level tertinggi, kariernya pasti akan meningkat. Walau usianya sudah 28 tahun, beliau masih berbisa dan bagus dalam pertarungan di udara.
Oktovianus Maniani (Sriwijaya FC/Indonesia)
Sayap kerdil Sriwijaya FC ini mencuri perhatian ketika tampil di Piala AFF 2010. Ia berjasa besar membawa Indonesia layak ke pentas final. Pergerakan beliau yang pantas dan usianya baru 20 tahun begitu digeruni lawan. Octo disebut sebagai 'Ryan Giggs Indonesia' perlu meneruskan rentak konsisten dan mampu mengasah umpan silangnya.

Karim Ansarifard (Saipa/Iran)
Karim adalah penerus kejayaan Ali Daei sebagai nyawa pasukan Iran. Dan jurulatih beliaulah yang memberikan kesempatan bagi Karim untuk menjadi pilihan utama di Saipa di tahun 2007. Dua tahun kemudian beliau sudah beraksi untuk pasukan. Borussia Dortmund sudah menyatakan keinginannya, namun belum ada kepastian lagi.

Jungo Fujimoto
Pemain playmaker sedang diperhatikan prestasinya oleh Nagoya Grampuss. Namun pemain berusia 26 tahun ini tidak mahu beraksi di dalam negara sahaja. Rookie of the year J-League tahun 2006 ini ingin menjelajah ke Eropah.

Alexander Geynrikh (Pahktakor/Uzbekistan)
Beliau adalah mesin gol di kawasan Asia Tengah. Kepalanya terkenal dengan sering menghadirkan kekacauan di kotak penalti lawan. Dua pasukan di Moscow, Torpedo dan CSKA, tertarik untuk memiliki Geynrikh. Kini beliau bersedia beraksi di Eropah atau setidaknya di Rusia.

Firas Al-Khatib (Al Qadsia/Kuwait)
Suriah bukanlah negara elit untuk urusan bolasepak. Namun Al-Khatib pantas untuk muncul ke persada bolasepak. Kini beliau beraksi untuk salah satu kelab terbesar teluk, Al Qadsia, Kuwait. Beliau sangat mudah beraksi di posisi berlainan dan diramalkan akan menjadi salah satu bintang di benua Asia.

INFO:malaysian football

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...