Friday, December 31, 2010
BERLALUNYE KAU 2010 DAN KAU BAWA PENGGANTI 2011 YANG TIDAK AKU TAU HATI BUDINYE
Mana kau nak pergi 2010? Kenapa kau tinggalkan aku?dan kenapa kau bawa pengganti yang tidak aku kenali!kenapa perlu begini untuk titian hidup aku yg telah lama kau semaikan pada aku dank au perlu jauhkan diri untk selamanye....telah byk harapan yang telah kau berikan,kenapa harapan itu perlu kau tanam kan untuk aku selamanye.byk sudah ku tanamkan harapan pada kau 2010,kini kau mengantikan 2011 untuk memulakan hidup baru aku yg tidak ku kenali siapa dia 2011.cukup lah setelah lama ku harungi liku-liku kehidupan yang telah tercoret pada kau 2010.
Siapa kau 2011?perluke untuk aku mengenali kau 2011?eh’ apa kau mahukan pada aku!kenapa pula kau ingin beri harapan pada aku?dan apa kehendak kau menghampiri hidup aku?dah la kau datang membawa umur aku ke hadapan!dan kau datang mempercepatkan segalanye dalam hidup aku!nie kan pula kau nak memberi harapan dan sinar hadapan pada aku!boleh percaye aku pada kau?
Tidak semudah untuk aku lupakan segala kenangan pada 2010,dan segala harapan,serta sinar yang kau berikan pada aku.byk telah terukir antara kau dan aku untuk menyempurnkan segala hajat.
Ah!apa kah akan terjadi kali ini pada aku...apa pula suratan dan liku-kehidupan yang akan terukir pada aku untuk kau 2011.Nak atau tidak aku harap kehadiran kau menanamkan segala janji dan harapan yang akan membuatkan segalanye termakbul dan terbaik dari yang lepas...
Aku mahukan segalanye akan tertanam dengan indah dan terbaik menjelang datangnye kau 2011.LEBIH BETTER DAN BETTER daRi sebelumnye...Aku mahukan mimpi2 kali niey membuahkan segala hajat yang aku kecapi...DEngan suratan yang tercatat pada kau 2010 ........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... walau ianya baik,Aku harap akan lagi terbaik,dan yang buruk akan jadi yang baik sempena kehadiran engkau WAHAI 2011............I TRY LOVE U 2011!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Thursday, December 30, 2010
rahsia cinta lelaki
Salam all..erk!nak story sikit cerita pasal loving2..hahahah,jiwang la sgt...tapi xda la...aku niey kejam sikit...xtau mana selok belok ceritera tentang cinta sikit,tapi aku ada satu artikel yang boleh dikongsi skit la pada kaum keGEDIK2 sekalian..wait!jgn marah...disebabkan aku niey susah sgt nak paham hati perempuan pe salahnye perempuan faham akukan?btol x?BTOL!ok2 stuju...hikhikhihkikhikhik...aku percaya tentu terdapat segelintir kaum perempuan yg sudah serik utk menjalinkn hubungan serius(couple)apa pun lah dgn kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakn..(xbtol kowt)
ada ke yang ingin memegang title ‘single n available’ hingga ble2?nak?(xnormal ar tuh!) Dan apakah yg harus korang lakukan utk membuat pilihan yg tepat dlm memilih teman hidup dr kaum Adam? Tips2 akan di beri oleh PROF NASIR(aku la) diharap dapat membantu korang serba sedikit dlm memilih lelaki yg benar2 ikhlas dan menyayangi diri korang tu..
Apabila kaum2 adam yang baik giler niey (terutama aku) benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas(korang ngk tu hati lelaki baik,lembut giler) apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya(xsmestinye kdg2kan?yang giler kaum kegedikan je rasenye).Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai(angkara kaum wanita la yang kejam). Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda..(dengar tu)
Berikut adalah tanda2 kaum yang mulia,baik hati,pelembut,penyanyang(LELAKI) yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:
1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)
5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya
9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… Berilah diri anda peluang utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki..
Note:lelaki seorang yang mulia,baik giler,rajin,macho,kacak,hensem,bijaksana dan yang terbaiklah kat dunia niey(HARGAILAH MEREKA!!)renung2kan selamat beramal!
Wednesday, December 29, 2010
Ferdinand ucap tahniah
KEJAYAAN skuad negara menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun dengan menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat bukan hanya mendapat pujian peminat tempatan dan pemimpin tertinggi negara, malah pemain bek tengah Manchester United, Rio Ferdinand turut mengucap tahniah dan memuji pasukan negara.
“Saya pernah menentang skuad bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lalu, mereka sebuah pasukan yang bagus. Tahniah kepada Malaysia,” kata pemain itu di laman sosial twitter.com peribadinya.
“Saya pernah menentang skuad bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lalu, mereka sebuah pasukan yang bagus. Tahniah kepada Malaysia,” kata pemain itu di laman sosial twitter.com peribadinya.
Berakhir kemarau 14 tahun
Malaysia bawa pulang Piala Suzuki; Safee muncul penjaring terbanyak
HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.
Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 – sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara. Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.
Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Ledakan padu Safee Sali pada minit ke-53 – jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia – menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.
Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah-Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan.
Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak ‘sporting’ (kesukanan) sebahagian penonton di tempat duduk paling atas.
Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell
Tuesday, December 28, 2010
SEGALA JAWAPAN AKAN TERJAWAB HARI INI!
(MENUNGGU)Setelah membaham garuda,harimau malaya kali ini mampukah mempertahankan tindak balas dari pihak lawan untuk menjulang piala AFF SUZUKI diperlawanan akhir kedua dijakarta akan terjawab hari ini.
Bagi penjaga gol kelahiran Kelantan ketahanan mental adalah sangat penting terutamanya untuk berdepan dengan puluhan ribu penonton fanatik Sang Garuda yang pastinya akan bersorak habis-habisan untuk menyuntik semangat pemain mereka bagi mencari gol awal.
Diharapkan dengan persembahan barisan pertahanan pada separuh akhir pertama yang merantai rapi ayam tambatan lawan, Cristian Gonzales dan berharap dapat mengulanginya sekali lagi.“Pertahanan kita bermain dengan baik terutamanya Mohd Fadhli Shas dan Mohd Muslim Ahmad yang mengawasi Gonzales dengan baik sekali sehingga gagal mendapat ruang yang baik untuk melakukan percubaan ke arah gol,”tambahnya.
Khairul Fahmi(blog awek Khairul Fahmi) bagaimanapun mengingatkan rakan sepasukan yang lain agar tidak terlalu selesa dengan bekalan tiga gol itu dan bermain secara lewa dan mengingatkan agar mengikut sepenuhnya arahan ketua jurulatih kebangsaan(, K Rajagobal. K Rajagobal walaupun bakal kehilangan dua tonggak pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.tidak ada masalah walaupun dua pemain itu tidak beraksi esok kerana penggantungan.mempunyai barisan pemain simpanan yang mampu menggalas tugas mereka.bahas dari k raja gopal“Sebelum kejohanan ini pun saya sudah kehilangan beberapa tonggak dan lihatlah hasilnya sekarang,” katanya.(releks dude jgn confident sgt bahaye!)Tapi apa pun kita nantikan hari ni ok...sokongla squad kebangsaan malaysia wei....niey la satu2nye peluang bola sepak negara kita akan dijulang...sikit2 lama2 akan meningkat....
'BANGUNKAN MARTABAT BOLA SEPAK NEGARA'
'MALAYSIA BOLEH'
ANTARA cinta DAN ilmu!
SAlam DUDE/BABE....niey bukan cerita adnan sempit yang mana nak cerita tentang cinta dan cika...ro......hahahha,aku nak cerita apa yang aku nampak dan masyarakat nampak sekarang dalam dunia-dunia yang bertempatkan pengajian tinggi sekarang nie, yang melibatkan cinta dan ilmu.macam mana pun korang mesti tau istilah bercouplekan?bohong lah tidak tahu.dalam cinta dan ilmu terkait juga persoalan budaya COUPLE.itu la,apa kata diorang peransang semangat konon-kononye bila nak study nie...diorang tidak tahu lak effect-effect bila dah merana nanti?habis semua terabai,hancur BRO/BABE apa semua tak boley....
Bukan apa BRO/BABE,kadang-kadang apa yang dengar kat diorang niey couple kat tempat diorang belajar niey katanye dah jadi satu kemestian,Malah yang tiada pasangan akan digelar 'SURAT KHABAR LAMA'pelikkan?patutnye lu orang dah duduk kat tempat belajar yang bagus ingat pikiran korang pun berfikir pun bagus....rupa-rupanya pendek akal jugak,senang kata bodoh!hahahahha.terkene korang.wei,lu orang tau ke bercouple kat kampus korang boleh berkekalan hingga ke jinjang pelamin?kalau tau bagus la...aku nak gak tau macam mana?yang boleh pun segelintir rasenyer,boleh dikira kot...
Jangan la gedik2 sangat wei,emak bapak korang support hantar korang suruh belajar bukan couple,mase depan la wei..jangan buat diorang bimbang kat korang.kebimbangan yang akan menimpa diorang xpenah korang pikir kadang-kadangkan?korang mengedik sana mengedik sini korang tak fikir yang akan mencetuskan fenomena gejala-gejala sosial apa semua...korang tau sedap,best,seronok,tak boring....tu la korang tau..
Yang dengarnye boleh lagi nak berlumba-lumba macam dophin nak bercouple cari pasangan masing2,konon2nyer dah besar dah tiba berdikari sendiri,boleh buat keputusan sendiri konon,berdikari bertempat la wei.ingat2 la..lu orang tak fikir ke dulu mase nak belajar bersungguh-sunguh nak kejar itu ini semua,tapi bila dah capai macam ni plak?
Tidak dinafikan bila dah bercinta nanti mulalah terlajak sana,terlajak sini.itukan dah terjejas.Itu semuakan boleh terjejas dengan pembelajaran korang.nanti adalah dengar kena buanglah,kene tendang la sebabnye xdapat capai pointer masing2.baru korang tau dah terkena batang hidung sendiri...agak2 nak bercouple ke bercinta ke....tapi korang kene berfikir sikit xbanyak pun xpe,boleh ke korang bercinta tu nanti boleh nak mendorong korang belajar?aku tau la ada yang boleh.tapi yang aku dengar sekarang banyak yang buruk daripada baik.
cintakan buku korang tu fokus kan itu lagi baik..banyak baiknye kat situ..nanti bukan emak bapak korang je yang senang hati,korang pun senang!dah habis belajar tu korang nak bercinta ke apa ker lantak la korang.Yang utama tu kejar la apa yang perlu ditempat yang diperlukan.jangan la korang nak sia2kan.jangan sia2kan hidup sendiri oi,,,nanti dengar ada yang gantung diri la apa la semua..habis tercemar semua...ingat2 lah_SELAMAT BERAMAL-
Bukan apa BRO/BABE,kadang-kadang apa yang dengar kat diorang niey couple kat tempat diorang belajar niey katanye dah jadi satu kemestian,Malah yang tiada pasangan akan digelar 'SURAT KHABAR LAMA'pelikkan?patutnye lu orang dah duduk kat tempat belajar yang bagus ingat pikiran korang pun berfikir pun bagus....rupa-rupanya pendek akal jugak,senang kata bodoh!hahahahha.terkene korang.wei,lu orang tau ke bercouple kat kampus korang boleh berkekalan hingga ke jinjang pelamin?kalau tau bagus la...aku nak gak tau macam mana?yang boleh pun segelintir rasenyer,boleh dikira kot...
Jangan la gedik2 sangat wei,emak bapak korang support hantar korang suruh belajar bukan couple,mase depan la wei..jangan buat diorang bimbang kat korang.kebimbangan yang akan menimpa diorang xpenah korang pikir kadang-kadangkan?korang mengedik sana mengedik sini korang tak fikir yang akan mencetuskan fenomena gejala-gejala sosial apa semua...korang tau sedap,best,seronok,tak boring....tu la korang tau..
Yang dengarnye boleh lagi nak berlumba-lumba macam dophin nak bercouple cari pasangan masing2,konon2nyer dah besar dah tiba berdikari sendiri,boleh buat keputusan sendiri konon,berdikari bertempat la wei.ingat2 la..lu orang tak fikir ke dulu mase nak belajar bersungguh-sunguh nak kejar itu ini semua,tapi bila dah capai macam ni plak?
Tidak dinafikan bila dah bercinta nanti mulalah terlajak sana,terlajak sini.itukan dah terjejas.Itu semuakan boleh terjejas dengan pembelajaran korang.nanti adalah dengar kena buanglah,kene tendang la sebabnye xdapat capai pointer masing2.baru korang tau dah terkena batang hidung sendiri...agak2 nak bercouple ke bercinta ke....tapi korang kene berfikir sikit xbanyak pun xpe,boleh ke korang bercinta tu nanti boleh nak mendorong korang belajar?aku tau la ada yang boleh.tapi yang aku dengar sekarang banyak yang buruk daripada baik.
cintakan buku korang tu fokus kan itu lagi baik..banyak baiknye kat situ..nanti bukan emak bapak korang je yang senang hati,korang pun senang!dah habis belajar tu korang nak bercinta ke apa ker lantak la korang.Yang utama tu kejar la apa yang perlu ditempat yang diperlukan.jangan la korang nak sia2kan.jangan sia2kan hidup sendiri oi,,,nanti dengar ada yang gantung diri la apa la semua..habis tercemar semua...ingat2 lah_SELAMAT BERAMAL-
Monday, December 27, 2010
hati hati berkawan.....
hati-hati dalam memilih kawan.tidak kesemua kawan yang boleh menolong atau membantu kita dalam kesemua masalah mahupun kesulitan yang kita hadapi,sebagai teman untuk ketawa memang ramai kita nampak....tetapi......
ada yang datang.....
erm.....
ada yang datang.....
erm.....
Sunday, December 26, 2010
Tahniah untuk squad kebangsaan malaysia
“ MALAYSIA BOLEH!” tahniah untuk raja gopal dan squad dibawahnye kerana dapat menumpaaskan indonesia ditempat sendiri dengan gol 3-0 ditempat sendiri.....keyakinan,kesungguhan nampak pada setiap pemain dengan corak yg diletakkan oleh coach kebangsaan k raja gopal kerana dapat membawa bekalan ke final perjumpaan kedua di indonesia....
Dalam kerancakan kedua-dua pasukan melakukan persiapan taktikal dan mental untuk memenangi perlawanan ini, media-media di Indonesia tak sudah-sudah menyiarkan berita tentang piala AFF ini. Yang aneh teramat sangat setiap kali bukak televisyen, setiap kali itu jugaklah berita tentang piala AFF disiarkan. Nampaknya media Indonesia telah bersepakat bahwa perlawanan final menentang Malaysia merupakan suatu peristiwa yang paling penting untuk masa depan bola sepak dan hubungan serumpun kedua-dua negara. Media Indonesia juga ada mengeluarkan isyarat hati-hati terhadap pasukan Malaysia yang tidak boleh dipandang enteng biarpun pada perlawanan pertama mereka membenam Malaysia dengan skor 5-1 di Gelora (Gelanggang Olahraga) Bung Karno. Yang mengejutkan juga, media-media Indonesia melabel Safee Sali sebagai ‘The New Mokhtar Dahari’ setelah aksi mantap beliau di peringkat kumpulan dan semi-final menentang Vietnam. (Rilek bro..keep it cool)
Kami sebagai rakyat Malaysia khususnya saya sebagai penulis berharap pertemuan kedua-dua negara serumpun ini di samping sebagai penentu siapa berhak untuk trofi AFF, juga dapat menjadi pengerat hubungan kedua negara yang pernah beberapa kali dilanda kontroversi. Bak kata orang Indonesia, ‘menjunjung tinggi sportifitas dan profesionalisme’ sangat penting dalam menamatkan perlawanan ini dengan jayanya.
Kami rakyat Malaysia berharap skuad bola sepak kebangsaan dapat membawa pulang piala AFF ke Kuala Lumpur dengan jayanya dan dengan ini menamatkan tahun 2010 sebagai tahun yang cemerlang buat skuad bola sepak negara.
Saturday, December 25, 2010
Ilmu darjat & pangkat
Sebab bertambah dan berkurangannya ilmu dan firman Allah,
"Katakanlah:'Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmuku!"
dan sabda Rasulullah s.a.w,
"Allah tidak menghilangkan ilmu dengan mencabutnya dari dada ulama, tetapi Dia menghilangkannya dengan mematikan ulama."
Tajalli wujud Yang Haq dalam sfera diri
kenyataan bagi berkurangannya ilmu.
Jika seseorang tidak menyedari hal tersebut dengan dirinya
mampukah dia menyaksikan Tuhannya melalui penyelidikan dan pertanyaan?
Seandainya kepelbagaian ilmu lahir dalam diri,
penutupan yang disedari ditetapkan oleh kata-kata tersebut.
Tiada apa kecuali cakra matahari kewujudan muncul
dan cahayanya jatuh ke atas alam arwah.
Yang Asal hanya disaksikan bila ada kenyataan
sekalipun manusia dimusnahkan oleh kekuatan tamak.
Tidak syak lagi pada kenyataan yang aku bukakan
dan ianya bukan gambaran kebohongan yang salah atau dugaan.
"Katakanlah:'Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmuku!"
dan sabda Rasulullah s.a.w,
"Allah tidak menghilangkan ilmu dengan mencabutnya dari dada ulama, tetapi Dia menghilangkannya dengan mematikan ulama."
Tajalli wujud Yang Haq dalam sfera diri
kenyataan bagi berkurangannya ilmu.
Jika seseorang tidak menyedari hal tersebut dengan dirinya
mampukah dia menyaksikan Tuhannya melalui penyelidikan dan pertanyaan?
Seandainya kepelbagaian ilmu lahir dalam diri,
penutupan yang disedari ditetapkan oleh kata-kata tersebut.
Tiada apa kecuali cakra matahari kewujudan muncul
dan cahayanya jatuh ke atas alam arwah.
Yang Asal hanya disaksikan bila ada kenyataan
sekalipun manusia dimusnahkan oleh kekuatan tamak.
Tidak syak lagi pada kenyataan yang aku bukakan
dan ianya bukan gambaran kebohongan yang salah atau dugaan.
Thursday, December 23, 2010
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT..."
Allahu Akbar !
AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK, AL-RAHMAN, AL-RAHIM
Adat resam perkahwinan Melayu
Adat resam kahwin Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Sebagaimana mana-mana kaum, langkah sedaya upaya untuk menepati adat resam ini termasuk menjual harta atau meminjam wang, untuk tujuan ini.
Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wang untuk menepati semua peringkat istiadatnya. Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat:
Peringkat pertama
• Merisik atau menengok
• Meminang atau bertunang
• Menghantar belanja dan akad
Peringkat kedua
• Berandam dan berasah gigi
• berinai
Peringkat ketiga
• Bersanding
• Mandi limau
• Sambut-menyambut
Peringkat pertama
Merisik atau menengok
Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya. Bagaimanapun, sebilangan besar orang Melayu kini, khususnya mereka yang berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri hampir pada keseluruhannya kepada anak-anak lelaki mereka. Terdapat juga ibu bapa Melayu yang berihsan yang memilih jalan tengah dan memilih pengantin perempuan dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya.
Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawan-kawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu."
Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu(dan masih oleh sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak dan menjahit. Bagaimanapun, pencapaian yang paling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk membaca al-Quran (baik memahami apa yang dibacanya mahupun tidak) dengan fasih dan merdu. Tidak terdapat sebarang pencapaian pendidikan ketika itu yang lebih penting, termasuk juga kenal huruf dalam bahasa Melayu.
Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik. Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.
Meminang atau bertunang
Ibu bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat untuk bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan. Ibu bapa anak perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan bahawa mereka harus berunding dengan saudara-saudara mereka (walaupun mereka telah tahu tentang kunjungan utusan sebelum ketibaannya, dan telah memberikan persetujuan). Ini mungkin mengambil masa beberapa hari atau paling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan kemudian menugasi sebilangan saudara yang terdiri daripada kedua-dua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan keputusan mereka untuk menerima pinangan. Dan adalah semasa ini bahawa syarat-syarat perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya dibincangkan dan diselesaikan. Inilah sebabnya utusan merangkumi orang-orang lelaki.
Pada zaman silam, dan pada takat yang tidak begitu biasa pada hari ini, adat menghantar tanda mendahului adat menghantar mas kahwin dan belanja, khususnya jika upacara melangsungkan perkahwinan ditangguhkan selama beberapa bulan. Tanda itu biasanya adalah dalam bentuk cincin emas atau berlian, dengan nilainya bergantung kepada kehendak hati serta keupayaan kewangan keluarga lelaki. Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah-hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung, selipar atau kasut, gula-gula, buah-buahan, dan sebagainya.
Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga. Sesetengah orang juga menyampaikan cincin dan hadiah-hadiah yang lain dengan cara mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan. Penerimaan cincin dan hadiah-hadiah iringan secara tradisi bermaksud penerimaan syarat-syarat perkahwinan yang berikut antara kedua-dua pihak:
• Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah-hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik.
• Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan kepada lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya.
Inilah adat yang telah diikuti oleh orang-orang Melayu sejak dari zaman silam. Terdapat juga dua cara pertunangan yang lain selain daripada cara yang tersebut di atas, iaitu:
1. Pertunangan antara dua buah keluarga yang amat rapat atau bersaudara tanpa cincin pertunangan atau persetujuan bertulis ketika anak-anak mereka masih bayi atau kanak-kanak lagi.
2. Pertunangan yang dibuat untuk memenuhi kehendak salah seorang mendiang ibu bapa (baik secara lisan sebelum kematiannya atau melalui wasiat tertulis). Cara ini amat dihormati oleh orang-orang Melayu.
Menghantar belanja dan akad
Pada zaman silam, istiadat menghantar mas kahwin dan belanja perkahwinan diadakan sehari atau dua (kekadang lebih lama) sebelum upacara akad, tetapi kini diadakan bersama-sama, mungkin untuk mengurangkan perbelanjaan. Selain daripada mas kahwin dan belanja perkahwinan tersebut, barang-barang yang berikut juga dihantar:
1. cincin yang bertatahkan batu permata
2. kain sutera yang mencukupi untuk menjahit sehelai baju perempuan
3. dua helai sarung sutera
4. beraneka jenis kuih
5. beraneka jenis buah-buahan
6. puan (mangkuk sirih) atau kotak sirih yang dilengkapi dengan bahan-bahan (ini bukannya hadiah tetapi akan dipulangkan)
7. satu atau dua buah cerek air mawar yang diperbuat daripada logam perak atau loyang (juga akan dipulangkan).
Kesemua barang tersebut mengiringi perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan untuk melangsungkan upacara perkahwinan. Untuk upacara akad, pengantin lelaki pada zaman silam memakai pakaian haji atau pakaian bangsa Melayu yang mudah. Upacara akad sebenarnya adalah satu-satunya istiadat yang diperlukan oleh agama Islam dan undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan. Upacara-upacara amal yang lain hanya merupakan keperluan adat resam.
Pada ketibaan perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, anggota-anggota perarakan disambut masuk ke rumah. Pengantin lelaki berduduk di atas sehelai tikar sila di bahagian utama ibu rumah, berdekatan imam. Barang-barang yang dibawanya dibariskan di tengah ibu rumah antara dua baris tetamu yang berduduk, dengan wang belanja, cincin, serta puan di hadapan baris.
Imam kemudian memilih dua orang wakil daripada tetamu-tetamu untuk menerima dan menyemak hantaran, serta untuk menjadi saksi kepada upacara akad nikah. Selepas barang-barang itu disemak dan diterima oleh imam bagi pihak ibu bapa pengantin perempuan, kesemua barang itu, kecuali puan serta cerek air mawar dan dulang bunga rampai (jika disediakan), dihantar kepada kaum perempuan. Imam kemudian mendaftarkan nama pengantin lelaki ke dalam sebuah buku, dan selepas kemasukan itu ditandatangani oleh pengantin lelaki serta kedua-dua saksi tersebut, imam akan membaca upacara perkahwinan dalam bahasa Arab (bagaimanapun, pada hari ini, sebilangan besar imam Melayu yang bersikap wajar membaca upacara dalam bahasa yang difahami oleh pengantin lelaki dan para hadirin). Pada akhir upacara, imam memegang tangan kanan pengantin lelaki dan mengisytiharkan kenyataan akad kepadanya, mula-mulanya dalam bahasa Arab (tidak wajib) dan kemudian dalam bahasa Melayu:
"... bin ..., aku nikahkan dikau dengan ... binti ... yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak $... (tunai/berhutang) dan belanjanya $..."
Adat resam mengizinkan mas kahwin dihutang dengan tarikh pembayarannya tidak disebut. Oleh itu, imam akan menambahkan perkataan "berhutang" atau "tunai" sejurus selepas menyatakan jumlah mas kahwin dalam kenyataan akadnya. Imam kemudian berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebagai tanda untuknya menjawab tanpa teragak-agak atau kesilapan:
"Aku terima nikahnya ... binti ... dengan mas kahwinnya $... (tunai/berhutang) dan belanjanya $..."
Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan tidak teragak-agak serta dengan jelas kepada mereka yang duduk berdekatannya, khususnya oleh kedua-dua saksi, jadi upacara akad dikira sah.
Selepas upacara akad, pengantin lelaki akan berjabat tangan dengan semua tetamu, bermula dengan imam dan bapa mertuanya, jika dia menghadiri majlis itu. Pengantin lelaki diiringi balik ke rumahnya dan tetamu-tetamu, baik lelaki mahupun perempuan, dihidangkan dengan jamuan yang terdiri daripada kari dan nasi minyak.
Pada waktu yang sama, majlis pengantin perempuan akan menyediakan nasi pengantin dan menghantarnya kepada pengantin lelaki di rumahnya. Pengantin lelaki akan menjemput beberapa kawan yang paling rapat untuk bersarapan bersama-sama.
Peringkat kedua
Berandam dan berasah gigi
Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman silam, bersama-sama istiadat yang berkenaan, tiga hari atau lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin perempuan di dahi serta bulu keningnya dipepat (seringnya, pengantin lelaki juga mengamalkan adat ini). Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan berkilat. Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan "emak pengantin" (bukan ibu sebenar).
Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanya adat berandam diamalkan oleh pengantin perempuan di kawasan luar bandar pada hari ini (pengantin lelaki tidak lagi mengamalkan adat ini), manakala orang bandar Melayu lebih suka menghantar bakal pengantin perempuan ke kedai solek yang banyak terdapat di semua bandar di Malaysia. Walaupun demikian, di kawasan-kawasan terpencil, masih terdapat orang Melayu yang mematuhi peribahasa, "Biar mati anak, jangan mati adat".
Selepas berandam, pengantin perempuan akan mandi dengan air sintuk-limau yang dianggap secara tradisi sebagai dapat menghapuskan nasib malang pada pengantin perempuan.
Selepas mandi istidat itu dan sebelum bakal pengantin perempuan tidur pada malam yang sama, sepuluh hujung jarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir tapak kaki diinai dan dibiarkan kering sehingga pagi berikut. Ini adalah amalan berinai yang sebenar dan mendahului apa yang dikenali sebagai istiadat berinai.
Istiadat berinai
Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat:
1. Berinai curi diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Kaedah yang dihuraikan di bahagian Berinai besar dipatuhi.
2. Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hari selepas hari berinai curi. Kaedahnya sama sahaja dengan berinai curi.
3. Berinai besar.
Istiadat berinai besar
Ketika pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan dalam pakaian pengantin, dia didudukkan di atas pelamin yang terletak di hadapan sekumpulan tetamu (kebanyakannya wanita), saudara rapat, jiran, dan kawan keluarga pengantin perempuan. Di hadapan pengantin lelaki terletak sebuah dulang berkekaki yang besar yang mengandungi tiga buah pinggan, bersama-sama beberapa tangkai daun wangi. Pinggan-pinggan itu masing-masing mengandungi nasi kunyit, bertih, dan air daun setawar kisar. Di tengah dulang itu terletak selonggok pes inai.
Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin, satu demi satu, untuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Perbuatan yang sama kemudian dilakukan dengan bertih. Ini diikuti oleh tangkai daun wangi yang dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.
Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini dengan cara yang tepat sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk membaca doa selamat. Pengantin lelaki kemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan pengantin perempuan turut didudukkan di atas pelamin untuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari dan nasi.
Kenduri berinai besar adalah jauh lebih besar, berbanding dengan kenduri berinai curi dan kenduri berinai kecil. Selain itu, pengantin lelaki tidak terlibat dalam istiadat berinai di rumah pengantin perempuan bagi isitiadat berinai curi dan berinai kecil. Sesetengah pengantin lelaki Melayu pada zaman silam juga menjalankan istiadat berinai di rumah sendiri tetapi istiadat ini tidak lagi dijalankan.
Peringkat ketiga
Bersanding
Bersanding bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa. Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu. Bersanding adalah acara terpenting dan sekali seumur hidup bagi sepasang pengantin. Majlis perkahwinan tidak dikira lengkap jika kedua-dua mempelai tidak disandingkan di atas pelamin. Di atas pelamin itu ada kerusi yang dihias cantik.
Jika tiada acara bersanding, majlis perkahwinan tidak akan sempurna dan tidak ramai yang sudi menghulurkan wang sumbangan. Tetamu di bandar sanggup menghulurkan wang RM50 - RM100 jika majlis diadakan di dewan bersama persembahan yang meriah.
Waktu paling sesuai untuk bersanding ialah waktu tengah hari, iaitu semasa tetamu ramai di bawah khemah atau dewan. Biasanya majlis persandingan diingati sampai bila-bila dan merupakan 'detik abadi' yang patut dikenang.
Bersanding melibatkan 3 atau empat peringkat seperti berikut :
1. Bersanding selepas akad nikah
2. Bersanding di luar rumah pengantin perempuan
3. Bersanding di dalam rumah pengantin perempuan
4. Bersanding malam
5. Bersanding di rumah pengantin lelaki
Mandi limau
Sebelum istiadat mandi limau dijalankan, terdapat satu adat yang amat penting pada zaman silam tetapi kini telah lapuk. Pada awal pagi selepas malam bersatu, emak pengantin akan menanyakan bukti yang konkrit daripada pengantin lelaki tentang keperawanan pengantin perempuannya. Mengikut adat, pengantin lelaki akan menyerahkan sehelai sapu tangan berwarna putih yang memberikan bukti yang diperlukan. Emak pengantin kemudian akan menunjukkan sapu tangan itu mula-mulanya kepada ibu bapa pengantin perempuan dan kemudian yang paling penting sekali kepada ibu bapa pengantin lelaki. Pada zaman silam, bukti tentang keperawanan pengantin perempuan adalah amat penting kepada orang Islam umumnya. Penyerahan bukti sebelum istidat mandi limau adalah wajib dan amat penting sehingga ketiadaan bukti hampir selalu menimbulkan masalah yang seringnya mengakibatkan perceraian serta-merta.
Selepas kedua-dua pasangan ibu bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah memuaskan diri tentang kesucian pengantin perempuan, istiadat mandi limau akan dijalankan. Kedua-dua suami isteri sekali lagi berduduk di atas pelamin dalam pakaian yang terbaik di hadapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara, jiran, dan kawan rapat kedua-dua keluarga. Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas berduduk selama sepuluh hingga lima belas minit, mereka akan di bawa turun dan didudukkan pada sebuah bangku atau dua buah kerusi di ibu rumah atau bilik yang lain di rumah. Mandi istiadat dilakukan oleh emak pengantin, dan terdiri daripada memercikkan air sintuk dan limau purut pada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.
Selepas upacara ini disiapkan, pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan balik ke bilik tidur dengan setiap mereka memegang salah satu hujung sapu tangan. Sarung yang digunakan oleh kedua-dua suami isteri dalam istiadat mandi diberikan kepada emak pengantin, bukan sahaja sebagai hadiah tetapi juga sebagai tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua pengantin tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut, apa lagi dengan menyimpannya.
Seluruh adat ini yang dipegang teguh pada zaman silam kini tidak lagi diamalkan sama sekali oleh hampir semua (jika bukan semua) orang Melayu.
Sambut-menyambut
Pada hari istiadat mandi, sebuah kenduri akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Semasa ini, suami dan ibu bapa mertua akan membawanya membuat kunjungan pertama ke rumah mereka. Di rumah suaminya, mereka akan menjalankan istiadat bersanding sekali lagi, jika ibu bapa mertuanya merupakan orang berada. Lagi sebuah kenduri yang terdiri daripada beratus-ratus tetamu akan diadakan. Kekadangnya, hiburan sepanjang siang dan malam yang terdiri daripada muzik dan tarian tempatan akan diadakan untuk menghibur isteri yang baru ini. Istiadat yang diadakan di rumah pengantin lelaki kekadang lebih besar daripada istiadat bersanding di rumah pengantin perempuan, tetapi kenduri-kenduri perkahwinan yang diadakan di rumah pengantin perempuan biasanya adalah lebih banyak dan lebih mewah daripada kenduri-kenduri yang diadakan di rumah pengantin lelaki.
Selepas tinggal di rumah suaminya selama beberapa hari, isteri baru itu yang diiringi oleh suami dan ibu bapa mertuanya akan kembali ke rumah perempuan untuk mendiami sekurang-kurangnya beberapa bulan. Pada kepulangannya ini, sebuah kenduri yang kecil akan diadakan.
Inilah dia huraian secara ringkas tentang adat resam kahwin Melayu.
Wednesday, December 8, 2010
sinari hidupku
hari yang cerah..
memancarkan sinar dgn indahnya..
namun knapa hati ini
tak mampu menyamai indahnya hari ini
kuteguk segelas air tuk beningkan hati
tetep galau tak tentu arah
rabbi…
istighfar terucap di lidah..
tuk mohon ampunan-Mu
berilah anugrah..
tuk lalui hari
dengan redha dan berkat-Mu
agar hatiku secerah sinar yang Kau pancarkan
beri kesejukan di sekelilingku..
memancarkan sinar dgn indahnya..
namun knapa hati ini
tak mampu menyamai indahnya hari ini
kuteguk segelas air tuk beningkan hati
tetep galau tak tentu arah
rabbi…
istighfar terucap di lidah..
tuk mohon ampunan-Mu
berilah anugrah..
tuk lalui hari
dengan redha dan berkat-Mu
agar hatiku secerah sinar yang Kau pancarkan
beri kesejukan di sekelilingku..
09/12/2010
Orang kata ilham, aku kata jiwa.
Orang kata inspirasi aku kata imajinasi.
Orang kata belajar dari pengalaman aku kata temukan kebenaran sejati.
Semua telah dicoba namun seolah-olah sia-sia.
Semua telah berusaha namun seolah-olah sungguh sulit melawan dunia.
Semua tidak mau mengerti kita.
Bahwa prinsipnya, dunia sungguh sulit untuk dikalahkan.
Hidup bukan antara aku dan dunia.
Namun antara kita sebagai anggota dari kehidupan.
Sehingga kita bisa menjadi bagian dari hidup.
Dan mengerti kemana hidup ini akan mengarah?
Namun aku tak tahu…
Bagaimana lagi yang harus aku lakukan…
Hingga aku lelah.
Hingga aku menyerah.
Hingga aku sadar,
Bahwa semua itu bukan tentang aku.
Namun tentang dunia.
Namun tentang orang-orang lain.
Kemana harus aku cari jati diri?
Jiwaku yang murni.
Yang mengerti kemana aku harus memilih?
Apa yang harus aku perbuat?
Kemana hati nurani aku cari?
Semua itu bukan tentang aku.
Semua itu bukan tentang pengetahuan agamaku.
Namun tentang sejauh mana hubungan jiwaku dengan Sang Pencipta.
Namun tentang sejauh mana hidupku berarti bagi dunia.
Namun tentang sejauh mana aku mengerti arti hidup yang sesungguhnya.
Bahwa hidup tak perlu berusaha.
Bahwa hidup tak perlu memaksa.
Bahwa hidup tak perlu mengandalkan kekuatan dan kekuasaan.
Namun hidup sesungguhnya menjadi suatu semangat menggebu-gebu untuk berbuat bagi orang lain.
Orang kata inspirasi aku kata imajinasi.
Orang kata belajar dari pengalaman aku kata temukan kebenaran sejati.
Semua telah dicoba namun seolah-olah sia-sia.
Semua telah berusaha namun seolah-olah sungguh sulit melawan dunia.
Semua tidak mau mengerti kita.
Bahwa prinsipnya, dunia sungguh sulit untuk dikalahkan.
Hidup bukan antara aku dan dunia.
Namun antara kita sebagai anggota dari kehidupan.
Sehingga kita bisa menjadi bagian dari hidup.
Dan mengerti kemana hidup ini akan mengarah?
Namun aku tak tahu…
Bagaimana lagi yang harus aku lakukan…
Hingga aku lelah.
Hingga aku menyerah.
Hingga aku sadar,
Bahwa semua itu bukan tentang aku.
Namun tentang dunia.
Namun tentang orang-orang lain.
Kemana harus aku cari jati diri?
Jiwaku yang murni.
Yang mengerti kemana aku harus memilih?
Apa yang harus aku perbuat?
Kemana hati nurani aku cari?
Semua itu bukan tentang aku.
Semua itu bukan tentang pengetahuan agamaku.
Namun tentang sejauh mana hubungan jiwaku dengan Sang Pencipta.
Namun tentang sejauh mana hidupku berarti bagi dunia.
Namun tentang sejauh mana aku mengerti arti hidup yang sesungguhnya.
Bahwa hidup tak perlu berusaha.
Bahwa hidup tak perlu memaksa.
Bahwa hidup tak perlu mengandalkan kekuatan dan kekuasaan.
Namun hidup sesungguhnya menjadi suatu semangat menggebu-gebu untuk berbuat bagi orang lain.
Makna Hidup
Hidup dan Kehidupan…
Itulah yg harus kita hadapi di Dunia ini
Teruslah merasa Hidup
Agar kamu merasakan arti Kehidupan sesungguhnya
Hidup selalu naik turun
Irama itu bagaikan alunan musik yg apabila kita nikmati
Maka akan indahlah Kehidupan yang akan kita hadapi
Begitu banyak pelajaran Hidup yg bisa kita pelajari dari sekeliling kita
Karena Kehidupan tidak akan berhenti dan terus berjalan tanpa menunggu waktu
Kecuali ajal yang memisahkan kita dari Kehidupan dunia ini..
Nikmatilah hidupmu seakan kau akan hidup selamanya
Dan Beribadahlah sebanyak-banyaknya untuk tabunganmu seakan-akan kau akan mati besok
Itulah yg harus kita hadapi di Dunia ini
Teruslah merasa Hidup
Agar kamu merasakan arti Kehidupan sesungguhnya
Hidup selalu naik turun
Irama itu bagaikan alunan musik yg apabila kita nikmati
Maka akan indahlah Kehidupan yang akan kita hadapi
Begitu banyak pelajaran Hidup yg bisa kita pelajari dari sekeliling kita
Karena Kehidupan tidak akan berhenti dan terus berjalan tanpa menunggu waktu
Kecuali ajal yang memisahkan kita dari Kehidupan dunia ini..
Nikmatilah hidupmu seakan kau akan hidup selamanya
Dan Beribadahlah sebanyak-banyaknya untuk tabunganmu seakan-akan kau akan mati besok
Hidup dan Cinta
Hidup tanpa cinta
Kata Pepatah
Bagai sayur tanpa garam
Cinta adalah bumbu pelengkap kehidupan
Tebarlah cinta di sekelilingmu
Agar semua yg ada disekitarmu bisa merasakan adanya kehangatan cinta
Tumbuhkanlah cinta untuk sesama
Agar mereka merasakan kehidupan yang sesungguhnya
Agar kamu merasa selalu hidup dan berarti tuk orang-orang disekitarmu
Hidup berarti pabila kita mampu tuk berbagi
Cintalah yang mampu memberikan arti hidup yang sesungguhnya
Maka hiduplah dengan cinta….
Kata Pepatah
Bagai sayur tanpa garam
Cinta adalah bumbu pelengkap kehidupan
Tebarlah cinta di sekelilingmu
Agar semua yg ada disekitarmu bisa merasakan adanya kehangatan cinta
Tumbuhkanlah cinta untuk sesama
Agar mereka merasakan kehidupan yang sesungguhnya
Agar kamu merasa selalu hidup dan berarti tuk orang-orang disekitarmu
Hidup berarti pabila kita mampu tuk berbagi
Cintalah yang mampu memberikan arti hidup yang sesungguhnya
Maka hiduplah dengan cinta….
Tentang hati
MIMPI ITU
Ketika malam telah tiba
Sunyi,
Senyap
Hanya suara kecil yang tak tampak yang dapat ku dengar
Kini kau telah pergi
Meninggalkan aku tanpa pesan
Sama dengan mimpi yang pernah kau ceritakan dulu
Saat kita duduk dalam dinginnya malam
Putri mimpiku
Aku inggin ikut dalam harimu
Berjalan
Menghayal
Dan menangis ketika cinta itu bertanya
Masih ku ingat dengan jelas
Dan kurasa sampai saat ini
Ketika kau bisikkan
Kata cinta ditelingaku dengan lembut
sambil mengucap kata berpisah.
Ketika malam telah tiba
Sunyi,
Senyap
Hanya suara kecil yang tak tampak yang dapat ku dengar
Kini kau telah pergi
Meninggalkan aku tanpa pesan
Sama dengan mimpi yang pernah kau ceritakan dulu
Saat kita duduk dalam dinginnya malam
Putri mimpiku
Aku inggin ikut dalam harimu
Berjalan
Menghayal
Dan menangis ketika cinta itu bertanya
Masih ku ingat dengan jelas
Dan kurasa sampai saat ini
Ketika kau bisikkan
Kata cinta ditelingaku dengan lembut
sambil mengucap kata berpisah.
Siapa hati itu
Jangan tangisi setiap kisah
Karma semua itu hanya sementara
Jika kau telah mengerti
Siapa hati itu
Yang selalu ada dan tak pernah pergi
Senyumlah disaat yang tersusah dalam hidupmu
Kelak kau kan tahu siapa yang paling peduli
Yang ada dalam hati
Yang selalu ada dan tak pernah pergi.
Karma semua itu hanya sementara
Jika kau telah mengerti
Siapa hati itu
Yang selalu ada dan tak pernah pergi
Senyumlah disaat yang tersusah dalam hidupmu
Kelak kau kan tahu siapa yang paling peduli
Yang ada dalam hati
Yang selalu ada dan tak pernah pergi.
Subscribe to:
Posts (Atom)