Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.
New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.
Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.
Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.
Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang...
DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.
Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.
Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.
Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.
Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam
Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.
Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)
No comments:
Post a Comment